5 | Stay Away From Adam |

Romance Series 11557

Irene buka pintu rumah. Sweater ditanggalkan sebelum disangkut. Lebam di sebelah mata dipegang sebelum dia ke pintu dapur. Satu pek frozen peas dikeluarkan sebelum dia tuam dibahagian lebam yang mula berdenyut.

Perlahan badannya baring diatas sofa. Malas masuk bilik.

Setiap kali pek itu dibetulkan, berdecit-decit mulut Irene menahan sakit.

Munawehh punya perempuan. Nak tumbuk pun, agak-agaklah. Mana pergi catfight and adegan tarik-menarik rambut yang dia prepare?

Irene membetulkan lagi pek itu. Mulutnya berdecit lagi.

Mata Irene hamper terlelap apabila bunyi handphonenya berdeting.

Sav
Hey, are you okay?

Irene tersenyum kecil membaca text Savannah yang merisaukan keadaannya.

Irene
Got home safely. And I got a black eye
Kinda sore right now
So, what's up?

Sav
I'm suspended... for a day T,T
LOL

Bulat mata Irene membaca.

Suspended? Dah kenapa pulak?

Laju tangan Irene menari di papan kekunci phonenya.

Irene
What! Why??!

Sav
That girl that punched you...
I beat the absolute shit out of her :D

Mengeluh Irene apabila dia membaca text Savannah. Rasa bersalah pulak dia biarkan Savannah tanggung salah sorang-sorang.

Irene
Can I do anything to help?

Sav
Honestly? No. But don't worry, my father
is speaking with the principle right now. That
old man is getting his ass whipped!

Irene
Don't be like that. Are you really okay?
I guess I'll see you the day after tomorrow?

Sav
I'm okay. Not even a scratch on me.
You bet your sweet ass you would.
Ttyl, Liss.

Irene
Ttyl, Sav.

Merasakan denyutan di sebelah matanya yang telah surut, Irene kembali meletakkan pek frozen peas kembali di dalam peti sejuk. Beg dicapai sebelum langkah diatur ke bilik.

Seperti jadual hariannya yang lain, buku dikeluarkan sebelum fokusnya ditumpu kepada ayat-ayat dan nombor yang terpapar di atas kertas.

Oh God! I will give my left leg to kill who invented MATH!

Irene mengeluh lagi. Pen dicapai sebelum masalah yang diberi diselesaikan.

Urgh!!

I hate Math!

•••••••••••••••

Mood Irene pada hari itu sangatlah teruk. Savannah tiada kerana suspended. Lega hati Irene bila mendapat tahu Claire dan dua lagi kawannya juga kena suspend, digantung tiga minggu dengan alasan membuli.

Kalau tak tengok muka betina-betina tu lagi bagus!

Lebam di tepi mata Irene cover dengan foundation. Nasib baik dapat cover, kalau tak, entah apa alasan yang dia kena bagi dekat En. Yusuf dan Pn. Sara.

Mahu dia yang kena debik sebab cari gaduh kat sekolah.

Kelas berlangsung seperti biasa tanpa seorang pun murid mengetahui apa yang terjadi. Rumours dan gosip yang dia dengari hanyalah Savannah mempertahankan diri apabila dibuli. Langsung tak dengar nama Irene dipetik. Irene tak tahu ia merupakan berita baik atau buruk.

Dan ia berlanjutan sehingga waktu Physical Education (PE), kelas terakhir Irene hari ini. Memandangkan musim sejuk telah tiba, kelas digabungkan dan dijalankan di dalam gim.

Dahinya berkerut apabila melihat Brad keseorang tanpa dua lagi teman rapatnya. Mata Irene melilau. Danial dan Adam tidak kelihatan.

Mr. Radgrive, guru PE yang bertugas, berjalan memantau dengan muka bengisnya bagi memastikan tiada pelajar yang mencuri tulang. Pantas Irene menggunakan salah satu treadmill yang kosong.

Pantas Irene menggunakan salah satu treadmill yang kosong
15 minit kelas berlangsung, pintu gim dirempuh buka. Irene melepaskan nafas lega apabila melihat Danial yang memberikan alasan lewat kepada Mr. Radgrive.

Lega? Kenapa Irene nak lega kalau dia ada? Matanya tanpa dapat ditahan kembali mencari kelibat Danial.

Irene melarikan pandangan tatkala pandangannya bertembung dengan Danial yang berdiri sama dengan Brad dan Adam. Ketiga-tiga mereka memakai baju sukan sleeveless sekolah.

Now, the Hot Trio are complete.

Danial yang memasuki gim dengan Adam hanya menjeling tajam kepada sahabatnya itu ketika dia menangkap mata Adam yang tertumpu pada kaki Irene yang terdedah akibat seluar sukan paras paha yang dipakai gadis itu. Tangannya pantas menumbuk perlahan perut Adam.

Adam yang terleka hanya mengaduh kecil. "Ow! What's that for?" Adam menjeling Danial meminta penjelasan bagi tumbukan yang diberi kepadanya secara tiba-tiba.

Danial hanya menggelengkan kepala sebelum bergerak melakukan hukuman yang diberikan. Sakit hatinya melihat Adam yang kelihatan terhegeh-hegeh dekat Irene.

Hmm, jealous Danial?

Maybe.

Irene mengalihkan perhatiannya kepada senaman yang sedang dilakukan. Danial dan Adam dikenakan hukuman pumping 20 kali kerana kelewatan mereka. Tergelak sinis Irene.

Buat apa bagi hukuman pumping 20 kali dekat pelajar yang buat 100 kali pumping dalam senaman yang dilakukan ketika latihan sukan mereka? Tak masuk akal langsung.

Irene tahu 20 bagi mereka sangat mudah kerana mereka merupakan pemain rugby sekolah. Athlete la katakan.

Cuba kena dekat Irene, 5 pumping pun belum tentu dia dapat buat.

Bosan melihat pelajar perempuan lain yang terliur memandang mereka, Irene menghalakan pandangannya ke kaca televisyen yang memaparkan siaran yang tidak dapat Irene kenal pasti.

Dapat Irene rasakan pandangan Danial ke atas dirinya namun Irene buat tidak tahu sahaja. Daripada balikan cermin yang memenuhi satu dinding gim itu, Irene melihat Danial yang sedang berjalan ke arah Adam.

Cara Danial yang berjalan dengan yakin dan bentuk tubuhnya yang tegap seringkali menarik perhatian mereka yang sebilik dengan lelaki itu. Tidak kira lelaki atau perempuan.

Mungkin auranya yang menjerit dark and mysterious punca utama.

Tajam pandangan Danial kepada Adam yang sedang melakukan senaman di sebuah weight lifting machine. Memikirkan apa yang dilihatnya pagi semalam ketika lelaki itu bersama Irene, perasaan marahnya membuak-buak.

Seharian semalam dia tak layan Adam. Menyampah.

Well, I hold a great grudge.

Danial mengapungkan tangannya di bawah bar bagi menahan bar sekiranya lengan Adam tidak mampu mengangkat bar pemberat itu lagi.

Adam hanya memberikan senyuman kecil kepadanya sebelum menyambung angkat berat. Danial tahu, dengan posisi Adam yang terbaring berbanding dirinya yang sedang berdiri, Adam takkan mampu membuat apa-apa kepadanya melainkan memberi jawapan yang dia kehendaki.

Suasana hanya dipenuhi dengan bunyi mesin, kaca televisyen dan perbualan pelajar sekeliling. Danial menjeling Adam sebentar sebelum matanya kembali kepada susuk tubuh Irene yang dilihatnya sedang melakukan brief-walking. "Aku tak suka kau rapat dengan Irene."

Adam memandang Danial sebelum dia mengeluh perlahan. "Kenapa? Hanya semata kau tak suka dia, aku pun perlu ikut sama? You're not the boss of me, Niel." Tajam suara Adam mengingati Danial.

Tangan Danial yang diapungkan di bawah bar, Danial tarik sebelum menyelukkannya di dalam poket. Matanya mencari Brad, tidak ingin lelaki itu berada berdekatan untuk masuk campur urusan antara dia dan Adam. Melihat Brad yang sedang sibuk mengurat seorang pelajar perempuan jauh di sudut gim, bibirnya tersenyum sinis.

"Kau minat Irene?"

Adam yang sedang mengangkat berat dapat merasakan tangannya mula menggigil, namun digagahkan dirinya untuk meneruskan senaman. Ego lelakilah katakan.

"Well, I know for sure Irene tak minat kau." Adam membalas.

One word. Ouch!

Mendengar perkataan yang keluar dari mulut Adam, hati Danial jadi panasaran. Tangan dipoket dikeluarkan. Bar yang Adam angkat, Danial tahan separuh jalan menggunakan sebelah tangannya. Telinga Adam naik merah dan dapat Adam rasakan peluh membasahi badan dan mukanya. Mukanya berkerut menahan berat bar yang semakin terasa.

Perlahan, graviti membantu Danial. Bar Adam semakin rapat ke dada, membuatkan nafas Adam terganggu. Tajam mata Danial menikam matanya. "Jangan. Cabar. Aku. Adam."

"Irene bukan permainan yang kau boleh main, Neal!" Desah nafas Adam semakin kuat.

"She's not. But she's mine."

Perhatian Irene yang leka menonton TV terganggu apabila mendengar perbualan pelajar yang menjadi semakin kuat. Apabila ditoleh, Irene melihat mereka sedang berkumpul memerhatikan Adam dan Danial.

Diorang bergaduh ke?

Irene memberhentikan treadmill, bersyukur dia hanya melakukan brief-walk sebelum Irene menolak pelajar-pelajar yang sedang berkumpul itu. Nafasnya terhenti apabila Irene melihat Danial sedang menekan bar angkat berat ke dada Adam, dan Adam yang sedang tercungap-cungap menahan berat beban bar itu.

Di satu sudut, Brad laju menolak pelajar yang menghalang laluannya untuk sampai ke arah Danial. Danial yang melihat Brad semakin hampir, perlahan-lahan menjatuhkan tangannya daripada bar sebelum diseluk kembali kedalam poket seluarnya.

Adam yang memerlukan pertolongan dipandang kosong sebelum dia berlalu pergi. Matanya tajam menikam Irene sebelum dia mengubah haluannya ke arah gadis itu.

Badannya yang tinggi dan berotot, memenuhi pandangan mata Irene. Irene mendongak memandang mukanya yang beriak kosong.

"What is it now?!" Irene berbisik marah kepadanya. Dia tahu, apa yang digaduhkan Danial dan Adam pasti berkenaan dengan dirinya. Mata Irene berpaling melihat Brad menolong Adam yang kemerahan mukanya.

Danial mengangkat tangan, menyelitkan rambut yang jatuh di hadapan mata Irene ke belakang telinga. Laju tangan Irene menepis tangan Danial jauh daripada mukanya.

Perlakuan Danial sepanjang dua tiga bulan yang lepas amat mengelirukan Irene dan dapat Irene rasakan jantungnya berdegup laju setiap kali Danial menghampiri dirinya. Emosi Irene turun naik dengan perangai Danial yang sering bertukar panas sejuk.

Does he hate me?

Like me?

Or am I just a toy to him?

Tangan yang telah ditepis Irene, Danial bawa masuk ke poket seluarnya. "Stay away from Adam, Serve." Danial memberikan amaran yang sama seperti semalam.

"Why should I?" Pantas Irene bertanya.

Irene terkejut apabila kali ini Danial menjawab pertanyaannya. "Because I didn't like it." Dia menjeling Irene sebelum bergerak ke pintu keluar. Bahunya melanggar bahu Irene, membuatkan tangan Irene pantas mencari barangan atau mesin yang terdekat untuk kekal berdiri.

Dadanya kencang memandang kelibat Danial yang berjalan di koridor sebelum hilang di balik dinding.

See what I mean? Sekejap panas, sekejap sejuk.

Danial selalu mencari pasal dengan dirinya, kemudian melakukan sesuatu yang membuatkan dadanya berdegup kencang, and after that, kembali sakitkan hatinya.

A devil? Or a prince charming?

Or maybe, a devil in a prince charming's suit?

Or a prince charming in a devil's suit?

Pening kepala Irene memikirkannya.

"I knew I'll hate you when you first step in this school."

Pantas badan Irene berpusing mencari gerangan lelaki yang sedang bercakap dengannya. Brandon Michaels. Atau lebih dikenali sebagai Brad di sekolah ini.

Ohohoho! The man who opens his legs as often as he opens the door!

Irene memandang Brad sebelum berjalan ke rak tuala yang disediakan untuk pelajar sekolah tersebut. Tangannya mengambil satu sebelum mengelap peluh yang mengalir di muka.

"If it makes you feel any better, I don't really care nor do I like you, either." Irene membalas kembali.

Siapa je yang suka perangai Brad yang ingat dialah tumpuan utama setiap wanita? Eish!! Geli ketiak Irene dengar.

Brad bersandar pada rak tuala sambil memerhatikan Irene. Tangannya memeluk tubuh. Diantara The Hot Trio, badan Brad paling sasa. Mungkin sebab itulah Brad yang paling digemari.

Pada pendapat Irene pula, saiz badan dan kepala lelaki itu tak seimbang kerana dia mempunyai kepala yang kecil untuk badan yang besar.

Macam kartun.

But I keep that opinion to myself.

Adam pula lebih kepada kurus tetapi mempunyai otot manakala Danial sasa, tapi tidaklah seperti Brad yang sememangnya gym junkie. Danial tegap. And... perfect.

If you count out his personality that is worse than a rotten egg, that is.

"I don't know what's going on between you and Danial, but it needs to stop. I want you to make it stop... or else." Brad memberi amaran kepadaku.

Oho! The famous 'or else'. So cliché.

Irene merengus sebelum mencampakkan tuala kotor ke dalam hamper yang disediakan.

"I will. If he can stay away from me. And let me tell you something, Brad. Whatever it is that is happening between us, it won't stop because he can't stay away from me. You know that. Or you won't grace me with your presence, right?"

Sekarang, giliran Irene pula yang bersandar pada rak itu sambil memerhatikan Brad yang sedang meraup lehernya. Brad mengeluh memandang ruangan gim itu sebelum kembali memandang Irene.

"You're sassy. I like that. But you should know, Danial...has been through some shit." Dia melihat reaksi muka Irene.

Irene hanya memandangnya bosan walaupun jantungnya ketika itu mula laju berlari. "It's why he is... the way he is now." Sambung Brad.

"What are you trying to say, Brad. I've got someplace to go, mainly the showers, so if you could please hurry up, it would be greatly appreciated." Irene layan endah tak endah.

Sebenarnya, Irene ingin tahu apa yang terjadi kepada Danial. Irene ingin tahu apa yang telah membuatkan Danial menjadi seorang yang sangat mudah melukakan orang lain. Irene ingin tahu penyebab Danial sering menolak orang yang cuba merapatinya.

Yang penting, ingin Irene tahu, perkara berkenaan adakah bersangkut-paut dengan lelaki yang dibelasah Danial ketika mereka pertama kali bertemu?

"It's not my place to tell his story, but I just want you to know, Serve," Gelaran yang diberikan Brad membuatkan Irene hampir menumbuk muka baby-facenya tetapi disebabkan melihat lengannya yang kekar, Irene tahankan sahaja niatnya. "his life is good when you're out of it."

Irene menolak badannya berdiri daripada posisi bersandarnya. "You might be right," Senyuman terukir di bibir Brad. "but, you also might be wrong, Brat." Mati kembali senyum lelaki itu.

"Excuse me?"

What the HELL?! Did this girl just call me a brat?

Irene menutup mulutnya dengan tangan kanan. "Ooops. I mean, Brad. Sorry, Asian tongue." Irene cuba cover line. "You might be right that when I wasn't in it, his life is good. But you also don't know, and neither will I ever knew, that if I am in his life, his can be better. Or get better. Don't you think so, Brad?"

Brad merenung jauh apabila Irene habis berkata-kata.

Amik kau Philosophy 101 dari Irene. Pikir la sampai kau tua.

"Nice talking with you, Brad. We should do it more often." Irene perli. Daripada jelingan dan kerutan di dahinya, Irene tahu Brad tahu bahawa Irene sedang mengejeknya.

Tanpa menunggu balasan yang mungkin keluar daripada mulutnya, Irene berjalan keluar gim, menuju ke bilik menukar pakaian wanita.

A shower sounds really good right now.

Irene menarik t-shirt sukan yang melekat di badannya.

Urgh, peluh!

Badannya rasa sangat melekit. Dan lenguh. Irene menggelengkan kepala apabila teringat bahawa dia hanya melakukan brief-walk tetapi kakinya terasa seperti ingin terkeluar daripada soket.

Irene merengus benci.

I. Hate. P.E. Classes.

And Math!

Don't ever forget the Math...

•••••••••••••••

A/N: Don't forget to VOTE, SHARE and Comment!

FOLLOW ME TO CONTINUE READING DANIAL AND IRENE'S LOVE STORY.

Roger out!

Brooklyn Baesyah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience