4 | Savannah |

Romance Series 11515

A/N: My stories don't have any religious content. All I care for are the interactions, morality and relationship between the characters. This story is PURELY FICTIONAL. Carry on with your conscious in-tact.

•••••••••••••••

Irene turun daripada basikal miliknya sebelum menolak perlahan basikal tersebut untuk dikunci di tempat yang telah disediakan.

"Irene!" Namanya yang dipanggil membuatkan perlakuan Irene berhenti seketika. Irene memejamkan matanya, tidak menyangka akan berjumpa dengan lelaki itu ketika ini.

"Adam." Irene menegur kembali.

Selesai mengunci basikal, dia bangun sambil mengelap tangannya ke paha lalu mengemaskan ikatan ponytail rambutnya yang keluar daripada ikatan akibat ditiup angin tatkala dia mengayuh ke sekolah tadi.

Senyuman Adam mekar di bibir sebelum dia menghampiri Irene. Tidak jauh dari tempat Irene dan Adam berdiri, dapat Irene lihat Brad dan Danial yang sedang berborak di atas sebuah kereta Camaro hitam milik Brad.

Dari posisi Irene yang menghadap Adam yang sedang membelakangi mereka, Irene dapat melihat pandangan tajam yang diberikan Danial terhadap mereka berdua sambil mendengar celoteh Brad. Barangkali berborak pasal flavour of the week Brad yang sering bertukar-tukar setiap minggu.

Irene mengalihkan pandangan daripada Danial kepada Adam. Adam hanya tersenyum kecil memandang Irene. "Biar Adam teka, Danial marah?"

Irene membiarkan soalan Danial tidak berjawab. "Adam buat apa kat sini?"

Adam menggaru lehernya sebelum memandang Irene takut. "Sebenarnya, buku yang Adam pinjam dari Irene, Adam tak dapat jumpa. Adam letak-"

"Don't worry, Danial dah pulangkan." Irene memotong percakapannya. "Irene dah simpan dah pun."

Terangkat kening Adam mendengar jawapan Irene. Adam pusing memandang Danial sebelum kembali memandang Irene. Dia tersenyum seperti mengetahui sesuatu yang Irene tak tahu.

"Ohh... Nasib baik. Kalau macam tu, jomlah masuk." Dia menunjuk ke arah pintu masuk sekolah. "Sejuk ni. Adam temankan Irene ke lokar." Dia menawarkan diri menemani gadis itu.

Tanpa menunggu jawapan Irene, Adam menyangkut tangannya di bahu Irene. Tak cukup dengan itu, ditarik rapat tubuh kecil Irene ke sisinya. Dapat Irene rasakan bahang badan Adam menyerap masuk melalui pakaiannya, meredakan rasa sejuk yang semakin mendingin.

Danial yang hanya mendengar cerita Brad mengenai teknologi terkini, mengangkat tangannya sebagai tanda bagi kawannya itu diam seketika. Brad pantas menutup mulut. Kepalanya ditoleh mencari arah yang menarik perhatian Danial.

"Oh man." Brad mengeluh perlahan apabila dia melihat perlakuan Adam. "He's just pulling your legs, Dan." Brad cuba menenteramkan Danial yang dia tahu sedang marah ketika itu.

Walaupun Danial kata benci kepada perempuan yang bernama Irene itu, dia tahu bahawa sebenarnya Danial suka kepada gadis berkenaan.

'It's all about denial. Almost as same as his name, Danial.' Detik hati Brad.

Senyuman yang terukir di bibirnya terus mati apabila dia melihat Danial memandang mukanya. "Let's just go to our class, dude." Brad cuba mengalihkan perhatian.

Danial yang sedang membara hatinya hanya menggelengkan kepala. "Not until she knows her place. I'll see you later." Danial melangkah pergi.

Melihat Danial yang menjeling mereka, pantas Irene mengalihkan tangan Adam. Di ekor matanya, Irene melihat Danial menuruni bonet kereta Brad dan sedang berjalan ke arah mereka berdua. Muka Danial merah melihat tangan Adam yang telah diletakkan kembali ke bahu Irene sebelum Irene menepisnya kembali.

Adam ni, tak paham-paham ke body language? Ke nak Irene bagi setepek baru tangan tu diam?

Irene pantas mencari jalan menyelamatkan diri. Tangannya pantas memegang perut. Muka dikerutkan seribu. "Aduh, Adam!"

Adam yang sedang berjalan, terus berhenti. "Kenapa, Irene?"

Danial yang semakin laju berjalan ke arah mereka, dijeling seketika.

Shit!

"I really really need to go to the toilet. See you soon." Tanpa menunggu balasan Adam, Irene berlari ke tandas berdekatan. Masuk sahaja kubikel kosong, Irene menguncinya.

Fuhh... Terlepas dari seksaan Satan.

Selepas beberapa minit, Irene keluar kubikel. Beg Irene letakkan di sudut sinki sebelum tangan menadah air untuk Irene membasuh muka. Perlakuan itu Irene lakukan tiga kali sebelum tangan mencapai tisu berdekatan untuk mengeringkan titisan air yang ketinggalan.

Irene mengangkat muka untuk melihat bayangannya di cermin sebelum dia menjerit kecil melihat kelibat yang sedang menyandar di dinding tandas.

"Would you stop doing that?!" Irene menjerit ke arah Danial. Sebelah tangannya Irene letakkan di dinding sementara sebelah lagi mengurut dada yang berdegup kencang akibat terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Danial.

Tak makan saman punya lelaki. Mula-mula masuk tanpa izin ke rumah Irene. Tak kisahlah walaupun Irene duduk di dalam estet milik ayahnya. Sekarang, masuk tandas perempuan pulak.

No self-preservation whatsoever langsung.

Ni mesti ada lagi benda dia tak puas hati dengan Irene. Sebelum dia membuka mulut yang berpuaka tu, Irene fire dia dulu.

"Apa lagi yang saya buat? Apa lagi yang awak tak nak saya buat? Irene tak layak jadi kawan Adam ke? Is that what you want to say to me now, Danial?"

Danial terkejut mendengar ledakan kemarahan Irene. Tidak lama lepas itu dia menganggukkan kepalanya. "Surprisingly, yes. You're catching up, Serve. Bagus."

Sengaja dia memerli Irene.

Irene meraup mukanya rimas. Tangannya kembali meramas rambut yang terurai sebelum mencabut ikatan dan mengikatnya kembali. Tuah tidak berpihak padanya pada masa itu kerana getah yang sedang Irene gunakan terputus. Irene menarik tangan ke hadapan muka, matanya meruncing tajam melihat getah yang terputus.

Time ni jugaklah kau nak buat hal, ye getah.

Malas ingin melihat muka Danial yang Irene pasti sedang tersenyum mengejek kepadanya, Irene berpaling ke arah beg sandangnya yang lusuh. Rambutnya yang mencecah ke bra line, Irene biarkan lepas. Tangannya menggali beg, cuba mencari getah spare yang Irene sendiri tidak pasti akan kewujudannya.

Perlakuannya terhenti apabila Irene merasakan tangan Danial bergerak ke kepalanya, meraup rambutnya yang coklat kedalam satu genggaman tangannya.

"Danial!" Irene menjerit marah apabila Danial dengan sesuka hatinya memegang Irene tanpa izin.

"Stay still, Serve!" Danial kembali marah kepada Irene.

Irene merengus kasar sebelum membiarkan lelaki itu menguruskan masalahnya. Rambut Irene dirapi kasar menggunakan jari-jemari Danial sebelum Danial mengikatnya menggunakan getah rambut.

Dari mana dia dapat getah tu? Siapa punya? Dia?

Selesai, Danial memandang Irene melalui pantulan cermin. Mata Irene terpaku melihat wajah Danial. Tangan Danial melurut ke bahu Irene sebelum jatuh ke pinggang ramping Irene. Seperti kejadian yang berlaku semalam, jari Danial menyusup masuk ke dalam baju, mengusap badan Irene dengan perlahan.

Tidak tunduk pada perasaan yang membuai dirinya, Irene pantas memusingkan diri berhadapan dengan Danial sebelum laju menjauhkan diri. Matanya mencerlung memandang Danial, mencabar Danial untuk mendekatinya.

Senyuman sinis terukir di bibir Danial. Bangga dirinya dengan reaksi si gadis yang mudah menaikkan amarah miliknya.

Irene yang melihat Danial tersenyum sinis memandang dirinya, cepat-cepat mengemaskan begnya kembali sebelum meluru ke pintu. Namun, soalan yang berkeliaran di mindanya membuatkan derapan kakinya berhenti.

"Siapa punya?"

"What?"

Danial yang sedang bersandar di sinki dijeling.

"This band," Irene menunjukkan kepada getah yang berada di kepala. "siapa punya?"

"Oh, that. Itu Claire punya. Dia tertinggalkan kat dalam bilik." Danial menerangkan dengan nada bosan. Matanya memerhatikan riak muka Irene.

Habis sahaja Danial bercakap, Irene mencabut getah Claire dan mencampakkannya kepada Danial.

How dare he?!

Danial hanya menjungkitkan keningnya melihat reaksi Irene. Bibir menahan senyum dan tawa yang ingin menghambur keluar. Matanya melihat getah di lantai sebelum kembali memandang Irene.

"Are you jealous? Of Claire, I mean."

Buntang mata Irene mendengar pertanyaan Danial. "You wish! And why should I be?"

Danial mengangkat bahu seperti berkata 'Then, what's wrong?'. "Kau nak getah rambut, aku bagi getah rambut. Apa masalahnya?"

Irene meniup anak rambut yang menutupi penglihatannya sebelum meraup beberapa helai rambut yang telah jatuh ke muka kasar ke belakang telinga. "Masalahnya, it's Claire's!"

Tak kusangka rambut yang telah kujaga dengan rapi hampir 18 tahun hidupku, dikotori dengan barang milik Claire yang telah meniduri hampir keseluruhan budak lelaki sekolah ini.

Irene menggeliat kegelian apabila mengenangkan getah yang telah menyentuh rambutnya.

Danial menjulingkan matanya sebelum ke sinki dan membuka pili paip. Sikap Danial yang berlagak biasa itu menyakitkan hatinya.

"And kalaupun rambut saya menggerbang, itu bukan masalah awak. Jadi, stop touching me as you please." Irene memberi amaran.

"Kau ingat aku nak sangat pegang rambut kau? Can't you see? I'm sanitizing my hand as we speak." Dia menunjukkan kepada tangannya yang sedang disabun.

Ouch. Burnnnnttttt!!

Lagi sekali, adegan membunuh Danial bermain di kepalanya. Pelbagai cara untuk membunuh lelaki itu bertandang ke minda.

Hanya satu yang Irene fikirkan.

'Cukuplah dia hidup selama 17 tahun. Tak perlu dipanjangkan lagi.'

"Get over yourself, Serve. Even your hair is not good enough for my hand." Danial tersenyum sinis, membakar hati Irene.

See? 17 tahun dah cukup. Buat apa nak tambah derita Irene lagi?

Geram dengan situasi yang sedang Irene alami, Irene menjerit geram sebelum melangkah keluar dengan beg sandangnya.

Gelak tawa Danial pecah ketika Irene melangkah keluar. Berdekah-dekah dia mengetawakan Irene.

Mendengar tawa si Satan itu, Irene meraup kasar rambutnya. Kaki dihentak sebelum pantas mencari kelasnya yang pertama pada hari itu.

Argh! I hate humans.

•••••••••••••••

Irene masuk ke kelas Fizik seperti biasa. Adam yang sedang bersembang dengan kawan-kawan sepasukannya mengangkat muka dan senyum apabila melihat Irene.

Adam yakin, Danial pasti sudah bersemuka dengan Irene. Bukan dia tak tahu yang Danial sukakan Irene, saja dia buat Danial panas hati.

Kalau tak dia yang menolong Danial mendapatkan gadis itu, sapa lagi nak tolong? Brad? Itupun kalau dia tak sibuk cari perempuan to warm up his bed for the night.

Irene hanya membalas senyuman Adam seperti biasa. Beg diletakkan di lantai bersebelahan meja sebelum dia duduk. Lafas lega keluar daripada mulutnya.

"Hai!"

Irene mengerutkan muka. Ada orang bercakap dengan dia ke?

"Psst! On your left!"

Irene menoleh ke kiri. "Uhhh... hi?"

"I'm Savannah. Savannah Whitmore. And you're Irene." Perempuan berambut blonde itu berkata. Tangan yang dihulur Irene sambut.

"Yeah, I guess." Irene tak tahu nak balas apa. Ye lah, dah perempuan tu bagi ayat penyata, Irene nak buat apa lagi?

Savannah tersenyum lebar. "You must be wondering why I'm suddenly being friendly and all, right?"

Irene mengangguk teragak-agak.

"Well, I just realized how close-minded I was being just because of a rumour. I mean, it's my life, and I can do what I want, and people shouldn't-"

"Rumour? What rumour?" Irene menyampuk. Tak sangka pulak dia yang Savannah ni seorang chatterbox.

"Well, that Danial's dad pay for your tuition and..." Melihat reaksi muka Irene yang pasrah, Savannah tahu yang berita yang didengari selama ini bukanlah gossip liar semata.

"It's true, isn't it?" Savannah bertanya.

Irene mengeluh perlahan sebelum kembali memandang Savannah. "Look, if this is the part where you cussed and call me names, you should just get it over with. I'm ready."

Savannah terkejut. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya daripada mulut. Selepas beberapa minit berlalu, dia kembali memusingkan badannya menghadap Irene.

"I've made up my mind." Serius Savannah berkata.

Irene mengangkat kening. "About what?"

"Be my friend."

"Me? Really? You've heard the rumour and-"

"Screw the rumour. So what about it? The Sinclairs paid for your studies, so what? You're studying as far as what I've seen. Besides, I'm not actually doing you any favour. I'm in dire need of a friend right now."

"What? Why?" Apa yang menyebabkan Savannah ni desperate berkawan sangat? Ada masalah dunia ke?

"Let's just say I'm tired of all these fakers. And Claire." Savannah memberitahu Irene. Truth be told, Savannah inginkan kawan yang susah senang bersama. Bukannya senang bersama, susah bersendirian.

Ini merupakan tahun terakhirnya di sekolah ini. Selepas ini, dia dan rakan-rakan sekolahnya akan memasuki alam kolej dan Savannah inginkan seorang rakan yang boleh dikongsi pengalaman bersama.

Melakukan bucket-list bersama-sama.

Cuti bersama-sama.

All in all, she wants someone whom she can call a best friend. Not just a friend.

Mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Savannah, Irene tersenyum lebar. "I've always hate that bitch."

Savannah tergelak besar sebelum mengangkat tangan meminta high-five. Irene membalas. Mulutnya tersenyum lebar.

•••••••••••••••

Loceng tamat sekolah berbunyi. Irene keluar kelas dengan buku di tangan. Malas dia nak sumbat dalam beg bagai.

"What took you so looooongg, Liss?" Savannah meraung dari pintu. Irene mengangkat muka, terkejut dengan kehadiran gadis itu.

"What are you doing here, Sav?" Yup. Walaupun mereka baru berkenalan, Irene suka berkawan dengan Savannah. Walaupun Savannah seorang yang kasar dan sedikit tomboy, dia sangat jujur ketika berkata-kata. Irene suka.

Entah macam mana, Savannah telah bertitah bahawa mereka akan menjadi sahabat baik. Oleh itu, Irene akan memanggil Savannah 'Sav', manakala Savannah akan memanggil Irene 'Liss', singkatan nama tengah Irene. Malas melawan, Irene iyakan sahaja.

Daripada dalam kelas sehingga ke lokar, tak berhenti berceloteh mulut si Savannah ni. Irene tekun mendengar. Bukan amik hati ke apa, tapi Irene lebih suka mendengar cerita-cerita Savannah ni. Dalam masa sehari je, Irene sudah tahu latar belakang Savannah dan cerita memalukan yang Savannah sendiri sponsor termasuk gossip sekolah.

"Can't believe you've downgraded to a beggar as a friend, Savannah." Satu suara nyaring memberhentikan perbualan di antara Savannah dan Irene.

Savannah berpaling menghadap Claire. "Actually, I upgraded." Savannah berdiri memeluk tubuh.

Claire tergelak sinis memandang Savannah. "Oh yeah? Really? To what?"

Aksi manja Claire dengan Danial tempoh hari terus bermain di minda Irene. Rasa geram bertukar menjadi marah.

"From a bitch to a friend, obviously." Irene menjawab bagi pihak Savannah.

Claire yang mendengar terus hilang sabar. Tangan yang dikepal dihayunkan ke muka Irene. Satu penumbuk dihadiahkan kepada gadis yang dibenci. Apa lagi, berpinar kepala otak Irene. Savannah yang melihat cepat menolak Claire menjauhi Irene.

Siku Irene ditarik sebelum Savannah membisik kepada Irene. "I can take it from here. Go home, Liss."

"What? No! I'm the one who provoked her, I will-"

"Listen to me! She has money and you don't. The school will put the blame on you. Let me win this fight." Savannah membisik kepada Irene. Mata Irene ditenung bagi memberitahu Irene betapa seriusnya dia kala ini.

Irene terasa apabila isu duit dibangkitkan tetapi dia tahu itu yang akan berlaku. Sekolah elit tak akan pernah menolak pelajar yang membawa keuntungan.

Irene mengangguk perlahan. Pipinya yang berdenyut, dipegang perlahan. "Put some ice on that bruise and you'll be just fine." Savannah memeluk Irene seketika sebelum dia menolak Irene pergi.

Irene berjalan keluar sekolah dengan hati yang berat. Dengan perlahan, dia menarik keluar basikalnya sebelum mengayuh pulang.

Tak henti-henti mindanya memikirkan perihal Savannah. Kerisauan mekar di hati apabila dia mengingati rakan yang ditinggalkan di sekolah tadi.

Savannah yang melihat Irene pergi, terus menyingsing lengan bajunya ke paras siku. Topi yang dipegang, dipakai terbalik bagi memegang rambutnya yang tidak diikat.

Claire dan dua orang rakannya dipandang marah.

Satu perkara yang mereka tidak tahu mengenai Savannah, gadis itu mempunyai tali pinggang hitam dalam Brazillian Jiu-Jitsu. Seni mempertahankan diri yang focus on grappling and especially ground fighting.

Mama tried to raise a lady, but daddy won, he raised a lady that doesn't take shit from anyone.

'It's time these bitches get some sense knock into her pea-brain,' Detik hati Savannah.

Dalam masa 3 minit, ketiga-tiga perempuan yang datang mencari gaduh dengannya tumbang. Savannah hanya berhenti apabila guru disiplin dan guru besar mereka datang meleraikan pergaduhan.

Sedikit pun Savannah tak takut. Savannah tahu, jika dibandingkan dia dan Claire, ibu bapanya mempunyai pengaruh yang lebih besar.

Buuuuuutttt, she did get suspended.

Oh, well.

Things were fun while it lasted.

•••••••••••••••

A/N: Introducing Savannah!

Don't forget to VOTE, COMMENT and SHARE!

#rrr

Roger out!

Brooklyn Baesyah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience