9 | Make It Stop |

Romance Series 11557

   Seminggu berlalu. Irene tak tahu what went wrong. Danial tiba-tiba tidak mengendahkannya malahan layanannya terhadap Irene menjadi lebih teruk. Muka Irene langsung tidak dipandang apatah lagi dijeling. Irene keliru. Dia ada buat apa-apa salah ke?

   Bila masuk kafeteria, Danial langsung takde. Pernah Irene cuba ikut Danial nak tahu dia berehat di mana tapi Danial naik superbike, berderum keluar sekolah. Pergi mana? Entah. Irene pun tak tahu.

   Perangai Savannah pulak jadi makin pelik. Dia selalu pandang Irene dengan pandangan... simpati? Bila tanya kenapa, Savannah cepat-cepat ubah tajuk.

   Irene jadi bengang. What had happened? What changed? What is happening?

   Irene cuba minta penjelasan dari Adam, tapi jawapan yang dia dapat hanyalah untuk bersabar, Danial sedang menguruskan satu situasi, situasi yang tak dapat Adam jelaskan kepada Irene. Muka Adam penuh dengan kerisauan. Bila Irene cuba push, Adam cuma memberitahu Irene dia akan buat yang yang terbaik.

   Yang terbaik? Untuk apa? Belum sempat Irene tanya, Adam melarikan diri. Sampai Friday night, malam kebiasaan bagi Danial untuk membuat parti, Irene mula hilang sabar. Irene tak kisah, dia nak jawapan.

   Bunyi ketukan di pintu membantut pemikiran Irene yang melayang. Irene bangun dari pembaringan sebelum keluar bilik dan berjalan ke pintu hadapan. Berkerut dahi Irene memikirkan siapa yang berani datang servant kuarters ini malam-malam. Takkan sesat kot?

   Irene membuka pintu memandang kelibat di hadapannya. "Adam," Irene memandang Adam yang menggaru kepala yang tak gatal. "Adam buat apa kat sini?"

   "Adam datang nak bawak Irene ke depan." Adam menunjuk kepada rumah agam En. Sinclair. "You do know we always have a Friday party, right?"

   Irene mengangguk kepala perlahan. "Well, I'm not invited, Adam." Irene membalas perlahan.

   "Irene ingat Adam buat apa kat sini? Ni Adam tengah invitelah ni."

   Irene menggigit bibir. "Danial tak marah ke?" Dahi Irene berkerut memikirkan perihal Danial.

   Adam hanya tersenyum memandang Irene. "Danial, biar Adam yang uruskan. Now, let's go." Tangan Irene ditarik.

   Irene yang terkejut cepat-cepat menahan kaki daripada berjalan. "Wait, wait. Baju Irene?"

   Adam berhenti dan memusingkan badannya separa menghadap gadis kenit itu. Matanya melihat baju yang tersarung di badan Irene. T-shirt lengan pendek dengan jeans pendek paras lutut.

   "That'll be fine. Lagipun, kat dalam tu lagi banyak yang kurang pakaiannya."

   "Kain. Lagi banyak yang kurang kain."

   Adam mengerling Irene. "Huh?"

   "Adam cakap lagi banyak yang kurang pakaian. Ayat yang betul, lagi banyak yang kurang kain." Irene membetulkan Adam.

   Dahi Adam berkerut. "Kenapa kain pulak? Those girls tak pakai kain, Irene. Skirt, ya. Kain tak." Adam meminta penjelasan.

   Irene melepaskan nafas perlahan. "Nevermind. Let's just go."

•••••••••••••••

   Irene menghabiskan masa dengan Adam. Mereka bermain beberapa game yang tersedia sebelum Adam meninggalkan gadis itu seketika untuk mengambil beberapa tin jus untuk diminum.

   Irene tersenyum lebar apabila Adam datang kembali. Namun, senyumannya mati apabila kelibat di belakang Adam menjelingnya dengan tajam.

Danial.

   Bibir Danial menipis. Dia melangkah selangkah kehadapan. Melihat Adam yang meletakkan tangannya di lengan Irene, Danial menolak orang yang menghalang laluannya daripada Irene. Adam yang sedang berbual dengan Irene, terkejut apabila lengannya dicengkam sebelum kolar bajunya tiba-tiba dicekak. Tak cukup dengan itu, Danial menghentam badan Adam ke dinding, kedua-dua tangan mengepal kolar Adam.

   "I told you not to bring her here," Danial membisik marah.

   Tersentap Irene sekejap dekat situ.

   "What the fuck is wrong with you?" Adam tolak Danial ke belakang. "I've told you before and I'll tell you again. She," Adam menuding jari ke arah  Irene. "is not a fucking toy. She's a decent human being. Decent, being the key word here, Niel. Just tell her already what happened. She deserves to know it."

   Mereka berdua bertentang mata, masing-masing tak nak mengalah. Irene dihurung rasa bersalah apabila dia merasakan dia punca dua orang kawan karib bergaduh.

   "Enough!" Brad menjerit menghuraikan suasana tegang itu. "Seriously guys. Do I look like I'm  wearing a fucking black apron with a fucking  white scarf on my fucking cute head? Cause you guys have been treating me like I'm a fucking babysitter, you pussies!" Brad berdiri diantara  Adam dan Danial. Habis mencarut, Brad memandang Irene seketika. "Pardon me for my French, Irene."

   Irene mengangguk perlahan. "No offense taken, Brad. Now if you would excuse me, it seems like I've worn out my stays." Irene tak tunggu lama, dia terus berjalan keluar. Air mata yang bergenang, dia tak endahkan.

   Selangkah sebelum Irene berjalan keluar, dia menoleh ke belakang. Melihat Danial memerhatikan dirinya, Irene menjeling tajam sebelum dia berlalu ke arah servant kuarters.

   Irene tak tahu apa yang dia patut rasa sekarang. One thing for sure, she knew that she...

   Irene melepaskan nafas berat...

   I deserved more.

   More respect.

   More patience.

   More acceptance.

   Just... more.

   Irene menghempaskan pintu depan. Ruang tamu yang gelap dan sejuk menggambarkan moodnya. Dia mengambil phone yang berada di atas meja makan sebelum melihat screen yang menyala terang itu.

   Again, no missed calls.

   No new messages.

   Menahan geram, Irene terus matikan phonenya sebelum melemparkan phone tersebut di atas meja belajar. Savannah masih berkelakuan pelik dan mulutnya yang rajin bercerita dulu, kini diam terkunci rapat.

   Best friendlah sangat!

   Pintu bilik yang terbuka luas, Irene hempas tutup. Kalau boleh tercabut, lagi Irene puas. Habis barang nak dihempas, Irene hempaskan pulak badannya ke atas katil. Selimut ditarik menutupi kepala. Mata terus Irene pejam rapat, minta cepat-cepat tidur. Apabila Irene perasan dia masih tidak menanggalkan kasut, dia hanya menanggalkan kasut-kasut itu dengan menendangnya. Irene nak malam ni cepat-cepat berlalu supaya pagi sampai cepat.

   Puas Irene kejam mata, tapi tidur masih tak sampai-sampai. Muzik yang kuat dengan suara orang menjerit-jerit menjadi punca kedua. Punca pertama, kemarahan Irene. Selimut yang menutup muka, Irene tarik ke bawah. Rimas. Mata Irene buka, merenung siling. Kot boleh datang ilham macam mana nak cepat kaya...

   Tak lama, fikiran Irene mula berpusing. Semua berputar ke arah yang sama, Danial.

   Danial.

Selalu memporak-perandakan semuanya. Sekejap okay, sekejap tak. Sekejap panas, sekejap sejuk. Sekejap kelakuan dia macam orang yang suka, sekejap lagi bertukar jadi macam orang yang benci. Lama memikirkan perihal Danial, mata Irene mula layu.

   Pintu berbunyi terbuka. Jantung Irene berhenti berdenyut sesaat. Dia tahu siapa yang memasuki rumahnya. Hanya ada seorang sahaja yang tak pernah kisah mengetuk pintu servant kuarters ini.

   Danial berjalan masuk seperti dialah empunya tuan rumah, sebab memang betul pun, estet ni milik dia dan keluarga Sinclairs. Irene pasti, dalam minda Danial pun, dia sudah menjadi kepunyaan lelaki itu sebab itulah dia dilayan seperti barangan dan bukan manusia.

   "This shit stops now." Suara Danial seperti bergema dalam bilik Irene yang kecil itu. Nadanya penuh dengan kebencian.

   Irene memusing badan menghadap pintu. Jantung Irene mula berdegup laju. Mata Irene menjeling tubuh Danial sebelum berhenti di mata lelaki itu.

   Danial hanya berpeluk tubuh, bersandar pada dinding. Matanya menikam Irene yang sedang berbaring di katil tajam.

   Jantung Irene yang berdegup laju bertukar menjadi kencang. Peristiwa yang berlaku minggu lepas, mula terbayang di mata.

Danial yang sweet dan full of warmth. Bukan this... ice-cold and hateful glares guy.

Pun begitu, hati Irene tetap bersorak.

   Ini dah masuk kali kedua Danial datang kepadanya.

   Irene rasa macam dia menang pertandingan. Afterall, satu sekolah tahu it was girls who came to Danial and not vice versa. Marah Irene yang berapi tadi berubah menjadi perasaan puas hati.

   I got to him.

   He was in my veins.

   But I'd managed to crawl under his skin.

   "To what do I owe this pleasure, Danial?" Irene mengejek. Ayat yang dihamburkan terasa pahit dilidahnya. Satu perkara yang Danial berjaya mengajar dirinya ialah keep your guards up. Because once it was down, the things from the other side will tear you apart.

   Sama macam apa yang Danial sudah buat kepada dirinya.

   Danial tidak memandang Irene. Matanya tertancap pada lukisan di dinding yang Irene lukis sendiri. Cherry blossom tree. Pokok kegemaran Irene.

   Danial menggosok rahangnya sebelum menutup pintu bilik Irene. "If you wanted my attention, congratulations, you've got it. Now break this Adam bullshit off."

   Irene campak selimut ke lantai sebelum berdiri. Rasa amarah yang hilang, datang berlipat kali ganda. Hilang sabar, Irene menolak badan Danial sekuat hatinya. Namun, apalah sangat kudrat Irene jika nak dibandingkan dengan Danial. Badan Danial yang tegap, langsung tak bergerak. Muka Danial tetap tak memberi sebarang reaksi.

   Dengan nafas yang kencang, Irene mencekak pinggang. "Am I just a toy, Danial? A game that you played to see how long does it takes for the poor girl to break? Is it that fun to play with people's emotion like this? Just tell me Danial, what is it that you really want!"

   Irene tak pasti bila dia menangis. Yang dia tahu, habis sahaja dia menghamburkan rasa amarah, air matanya sudah mengalir di pipi. Irene paling tak suka apabila Danial melihatnya sebegini. Vulnerable and broken.

   Perlahan Danial mengalihkan matanya daripada mural di dinding kepada Irene. Pandangannya kosong.

   Irene meraup rambutnya kasar, mula berasa bengang dan kecewa. "Don't make me be mean," Irene berbisik. "I don't want to hurt you."

   "Whatever it is that you have with Adam," Danial mengulangi permintaannya dengan tegas. "make it stop. Break it off. Just... make it stop."

   "Break what off? Our friendship?" Irene bertanya kehairanan.

   Danial memicit batang hidungnya, matanya dipejam rapat. "Irene," Danial memberi amaran.

   Amaran pasal apa, Irene masih tak tahu dan tak faham. Satu yang Irene pasti, persahabatan diantara dia dan Adam, takkan dia putuskan.

   "He makes me happy. And safe. More than what you've done to me." Irene tidak berganjak daripada keputusan yang diambil. Siapa Danial nak tentukan dengan siapa di boleh berkawan atau tidak?

   "He's not the only one who can make you happy." Danial menikam Irene dengan pandangannya.

Irene tergelak sinis. "Really? And who's this other person that can make happy? You?"

Berdiri tegak daripada posisi bersandar, Danial mengorak langkah ke arah Irene.

   "Ask me what I want again," Danial mengarah.

   Suaranya yang kosong tanpa emosi membuatkan badan Irene menggigil seketika. Terimbas di fikiran Irene perlakuan Danial sewaktu mereka pertama kali berjumpa.

   Apa yang dah berlaku terhadap Danial? Mana lelaki yang dah mengaku that he's fallen for me? Mana emosi and affection yang dia tunjukkan dekat aku? Was it all just an imagination?

   Memikirkan baju Danial yang terlipat kemas di dalam almarinya, Irene menggelengkan kepala.

   No, it happened.

   It really does...

   Irene tergagap seketika sebelum dia menurut permintaan Danial. "Wha- What is it that you want, Danial?"

•••••••••••••••

A/N : I am so so sorry for not being able to update everyday as I'm actually a working woman. This writing-a-story is just a hobby. Hope semua faham situasi Brook. Apologies dearest.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience