BAB 5

Romance Completed 2712

‘’Maafkan Embun ya bunga-bunga sayang, maaf tak dapat jaga, siram, bajakan, berceritaa, bernyanyi untuk korang. Kalau dulu Embun boleh datang lawat setiap hari tapi sekarang pergerakan Embun terbatas, hanya berharapkan kerusi roda, tongkat atau ehsan mama, papa, keluarga atau Remy papah Embun ke sana sini. Maaf ya dan terima kasih Remy,’’ ujar Embun sambil memandangku penuh makna, matanya yang redup dan sayu menambah lara dan hiba di hatiku.

Lama kami habiskan masa di taman, Embun juga terlelap di pangkuanku selepas penat merawat bunga-bunga yang layu, mencantas rumput yang panjang dan kami berdua tak sedar hampir seharian kami d taman ini.

AKu tatap Embun yang sedang lena, tak sampai hati kejutkan dia. Tanpa sedar airmataku menitis melihat perubahan fizikal Embun. Wajahnya pucat lesu, tubuhnya yang seperti mengecut kekurangan zat, rambut menipis dan kudratnya mudah lemah tidak lagi aktif seperti dulu.

Namun dalam pada dia berdepan dengan ujian dan kesakitan ini, tidak pernah sekalipun dia meratap sedih dengan nasibnya, Embun tidak pernah gagal tersenyum, bijak menyembunyikan sakitnya kerana dia tidak mahu orang sekelilingnya berasa sedih dengan apa yang berlaku, dan adakalanya keletahnya yang tidak henti berbicara, gelak tawanya itu buat aku terlupa yang dia sedang menanggung sakit.

“Remy…” ucap Embun.

“Ya, dah bangun dah tuan puteri ni. Jom kita balik sekarangm hari nak gelap. Lapar? Kita makan dulu ya?’’ ajakku.

“Tak Remy, aku mahu stay di sini lagi. Bileh tak temankan aku. Boleh kan? Kau tak kisah kan? Please, aku mahu titis -titis air dari langit yang bernama Embun membasahi tubuhku, aku mahu merasakan kedinginannya selepas sekian lama tidak merasainya.’’ Pinta Embun .

“Embun , bukan aku tak mahu tapi kau kan tahu angina malam tak baik untuk kesihatan kau, lagipun kau dah terlalu lama terdedah dengan udara di luar ni.’’

“Aku tahu, but please grant my wish, my last request for today please..’’ pintanya dengan pandangan mata yang berkaca.

“What do mean by that?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience