BAB 6

Romance Completed 2712

“Tak ada apalah, tak ada maksud apa. Yelah dah betul last request aku untuk hari ini selepas minta kau bawakan aku datang ke taman ni. Tak mengapalah kalau kau tak sudi temankan aku, aku boleh sendiri di sini.’’ Rajuknya.

“Tak mungkin aku takkan temankan kau. Tak mungkin aku biarkan kau sendiri bukan sebab nanti parent kau carik aku tapi aku harus dan mesti temankan kau. Aku akan temankan kau, happy?’’

“Ha, macam tulah baru kawan!’’ balas Embun gembira.

gitu dong,, itu baru sahabat aku.” Ucapnya sambil melihat bunga-bunga di sekelilingnya.

“Embun …”

“Apa dia Remy?’’

“Apakah kau suka dengan Embun?” tanyaku.

“I love it the most. Embun itu dingin dan bening, sangat bening. Dan bening itu terkandung sebuah kesucian. Aku kalau boleh mahu menjadi embun. Dingin, nyaman, bening dan suci. Kau pula Remy?’’

“Aku tak pernah suka akan sepertimana aku sukakan embun hari ini. Aku jatuh cinta pada Embun , mencintainya sejak ia mula menyapa tubuh dan menyentuh hatiku yang terdalam.’’

“Remy, kau tahu tak, yang aku ingin jadi seperti embun yang dapat hadir dan memberi kenyamanan, memberi satu perbezaan di pagi hari. Yang hadirnya disambut bahagia oleh segenap tumbuhan hingga menjadi titis -titis favorit mereka. Dan seperti itu juga aku mahu menjadi sesuatu yang memberi kenyamanan dan kebahagiaan pada manusia. Aku tak mampu menjadi special seperti embun namun aku bersyukur parent aku namakan aku Embun Azure, Embun yang kebiru-biruan atau boleh jadi rama-rama warna biru yang hadir bersama embun di setiap pagi. Aku suka dengan nama itu.

“Bukan hanya pada nama, tapi bagi aku, kau sudah menjadi embun seperti yang kau mahu.’’

‘’Maksudnya?’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience