BAB 3

Romance Completed 2712

“Ish kau ni merepek jelah, boleh tak jangan loyar buruk sangat. Oh ya aku happy ni sebab tadi doktor kata aku boleh pulang esok. Yeay tak ssabar rasanya nak baring kat dalam bilik sendiri, tengok bumi Tuhan di luar sana instead stuck in here dan boleh jumpa kau selalu dalam keadaan aku bercantik-cantik dan bukan dalam keadaan aku pakai baju hospital warna pink ni.’’ Ujar Embun teruja.

“apa? Serius?” tanyaku lagi bagai tak percaya.

“Hello sejak bila aku berbohong dengan kau, aku serius la Remy Al-Gibran!’’

“Okay fine, kalau kau dah sebut nama aku tu maknanya memang serius dan tak tipulah, Yeayyy! AKu percaya lau Embun Azure, aku happy kau dapat keluar esok.’’ Sungguh aku bahagia melihat gelak tawa bahagianya.

Tik tok tik tok jam berdetik laju hingga tak sedar saat ini aku sudah siap sedia di hadapan pintu rumah Embun.

‘’Selamat pagi Embun, are you ready?’’

‘’Yes Im ready when you are, macam mana dah dapat idea tak kita nak ke mana lepas ni? Yang pasti soal makan serahkan pada aku sebab kalau nak suruh lelaki yang pilih memang merepek pilihannya dan mesti boleh bawa gaduh. ‘’ ujar Embun yang memang ada kebenaran di sebalik kata-katanya, sungguh aku gagal untuk pilih tempat makan yang baik kerana sering saja pilihan ku mudah, Mcdonald atau lambakan restoran makanan segera.

Aku rasa dilemma soal makan ini bukan sahaja dialami oleh aku bahkan ramai kaum lelaki atau secara umunya pasangan bercinta.

‘’Aku dah get ready nak bawa kau ke mana saja kau mahu, dan tempat makan macam biasa aku serahkan pada kau Embun. Hari ini aku rasa nak bawa au ke taman dulu, bagaimana?’’

‘’Eh! Aku pun terfikir benda yang sama! Aku memang teringin nak ke taman di mana kita bertemu buat kali pertama, tak sangka sungguh!’’ ucap Embun seakan tak percaya. Aku apalagi kembang kempis hidung aku.

“Baiklah tuan puteri rupawan, hamba siap menurut titah!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience