BAB 1

Romance Completed 2712

Namamu Embun dan aku senang memanggilmu Embun, bagi ku kau hadir di dalam hidupku seperti embun yang singgah di waktu malam dan menjadi puing-puing dingin dan menyenangkan yang jatuh menitis di atas dedaunan hijau yang membangkitkan kedamaian dan kenyamanan di seluruh taman, persis damai di hatiku saat ini setiap kali memandangmu atau teringat tentangmu.

Embun selalu menjadi ciptaan Allah yang paling aku suka.

‘’Kenapa diam je Remy, come on here!’’ pelawa Embun sekaligus menghentikan lamunanku yang panjang. Aku kemudian berjalan ke arahnya, wanita yang menjadikan hidup ku indah, wanita yang ku puja, sanjungi dan hormati.

‘’How are you Embun?’’ tanyaku.

“Well Remy, aku macam yang kau nmpak nil ah, tiada sebarang perubahan atau improvement pun. Buat masa ini, doktor dah bagi ubat yang paling kuat dan sesuai untuk aku selepas beberapa kali percubaan dan dengan ubat sahaja aku bertahan tapi menurutku, ubat adalah medium yang buat aku semakin lemah, hanya baring bagai menunggu mati,’’ luah Embun sambil membelek wayar-wayar yang membelit dada dan tangannya.

‘’Jangan cakap amcam tu Embun, kalau dah namanya ubat pasti untuk merawat kalau tujuan untuk mematikan sudah tentu ia bukannya ubat. Kau harus optimis dan positif selalu Embun, mana Embun yang kuat dulu?’’ Pujukku.

‘’Aku memang selalu positif dan optimis, cuma da masanya aku juga kalah dengan kesakitan ini. Tapi sekurang-kurangnya aku bukn sejenis cengeng seperti kamu. Asal jumpa aku mesti nak nangis kan? Eleh toksah nak buat-buat tabah dan kuat, aku kenal kau. Remy, aku akur dan redha dengan takdir Tuhan dan ini saat aku harus menjalani semua ujian dengan redha dan sabar. Kau jangan risau, aku akan okay walaupun sebenarnya tak okay. Kau tu yang aku risaukan.’’ Luah Embun lagi dan aku bersetuju dengan kata-kata Embun itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience