BAB 4

Romance Completed 2712

Luna Botanical Park adalah taman yang menjadi tempat, meeting point favourite kamu berdua. Di tempat inilah segala rasa suka, marah, sedih dan gembira dilontarkan, di sinilah kami berkongsi gelak tawa dan tangisan, bergurau canda dan berkongsi rasa dari hati ke hati.

Serasa di taman ini menjadi saksi karya emosi kami. Taman ini cukup istimewa menjadi titis pertemuan kami namun apa yang menjadikan ia lebih special bila mana di hujung taman ini terdapat satu lot empat segi sama yang kosong, tanah tandus dan akhirnya kami berdua membua keputussan untuk menanam bunga-bungaan kegemaran kami berdua dan secara tak rasminya kami namakan ia ‘Taman Gibran-Azure’ sempena nama kami berdua.

Di taman ini ada pokok-pokok kaktus kegemaran ku, Bungan seri pagi, mawar, Lily, Hydrangea, Matahari dan bermacam lagi bunga-bungaan kegemaraan Embun.

‘’Remy, kenapa semua bunga di taman kita layu semacam ni, tahulah sekarang musim kemarau tapi kau tak pernah jenguk, siram atau bagi baja ke?’’ Aduh apa cara aku nak cakap ni? Tapi aku memang malas nak jaga, seperti taman ini, sebahagian dari diri aku merasa pedih dan perih.

“Bunga-bunga ni layu karena tidak ada embun di sini”. jawabku seadanya.

“What? embun? Eh nak cover line ke tu? Tiap hari ada embun apa.’’ Jawabnya sedikit marah.

“Tapi apalah erti embun itu kalau tiada Embun Azure menyentuh segenap isi taman dan menemani hari aku? Jawabku yang seraya membuat Embun tergamam.

“Apa maksud kau Remy Al-Gibran?” Embun merenung tajam.

“Tak ada apa, bunga-bunga di taman ni perlukan Embun Azure untuk menjaga mereka. Kalau setakat aku atau embun normal yang menyapa setiap hari itu belum cukup, mereka perlukan kau Embun, seperti aku, mereka juga sunyi dan sepi tanpa kau, dua minggu tak jumpa titis favorit mereka, terus terkulai layu mereka ni.’’ Jawabku serius.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience