BAB 9

Romance Completed 2712

Ku lipat semula warkah itu dan masukkan ia ke dalam sampul surat bewarna Lilac, warna kegemaran Embun.

Tidak seperti selalu, kali ini aku lebih tenang bahkan mulai menyimpul senyum.

Duhai Embun Azure, kau sudah menjadi embun sejak kali pertama kau menyentuh hatiku dengan telatah kasar tapi manja, senyuman nakal dan gelak tawa mu yang aneh tapi lucu dan menggelikan hati.

Kau sudah menjadi embun yang kau idamkan tanpa kau sedar, bukan pada orang lain sahaja tapi juga pada aku.

‘’Jangan khuatir pada taman kita kerana aku tak bersendiri menjaganya, tetap ada saja titisan embun favorit mereka, guardian angel aku dan mereka iaitu kau Embun. Mustahil bunga-bunga di taman kita akan mati kerana selagi bumi masih pada paksinya, ia akan sentiasa mekar. Kau ada untuk mereka dan juga untuk aku. Selalu ada di hatiku,’’ ucapku seraya meletakkan sejambak bunga orked, lily dan mawar yang ku petik dari taman Gibran-Azure.

Selamat tidur titisan favourite ku. Kau adalah embun yang tak pernah berhenti mendinginkan aku dan menghangati hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience