BAB 8

Romance Completed 2712

Sungguh tak ku sangka yang permintaan terakhirnya untuk ‘hari ini’ menjadi permintaan terakhir untuk selamanya.

Aku sedih dan sakit, kau sudah tiada Embun. Kau sudah pergi bersama embun pagi yang kau rindukan.

Beberapa bulan kemudian….

Aku menerima sepucuk surat yang dikirimkan lewat kiriman pos bertarikh 2 Januari 2015, iaitu tarikh sehari selepas Embun keluar wad untuk kali terakhirnya, seminggu sebelum dia meninggal dunia.

Teristimewa buatmu Remy Al-Gibran,

Aku mahu jadi embun,

Titisan air dari langit membasahi kelopak mawar, lily, orked dn semua tumbuhan yang mewarnakan alam.

Aku mahu menjadi embun yang bisa menyentuh hati orang dan memberi kedamaian dan kedinginan pada siapapun.

Remy,

Terima kasih menjadi embun yang mendamaikan aku di saat akhir hayatku bahkan sejak aku mengenali mu, Maafkan aku tak mampu menjadi embun yang menenangkan kau, maaf aku gagal berada di sisimu di saat kau perlukan aku. Terima kasih dan aku tak akan melupakan kau.

Aku sayang dan cintakan kau namun aku tak mampu kehilangan kawan, kau lebih dari kekasih kau adalah kawan satu-satunya insan yang penting selain keluargaku. Kau orang terpenting dalam hayatku.

Jaga taman kita berdua ya,, jangan biarkan ia layu. Kenang aku selalu, kenang saat pertama dan segala memori kita. Siapa tahu aku akan menjadi embun pagi membahagiakan taman Gibran-Azure kita?

Yang mencintaimu,

Embun Azure

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience