BAB 7

Romance Completed 2712

‘’Tak ada apalah…’’ Aku bukan takut tapi sengaja aku biarkan rasa hati ini tak terluah kerana aku sudah tahu jawapan darinya, ‘No’, Embun tak mahu menjalinkan sebarang hubungan special dan sehingga hari ini aku tak tahu kenapa.

Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5.45 pagi. Azan subuh sudah berkumandang dan di sisiku Embun terlena dengan penuh kenyamanan.

“Embun, Embun wake up, dah pagi dah. Sejuk ni embun pagi tebal pula hari ini, kata tadi nak pegang embun pagi. Jom bangun.’’ Ujarku sambil mencuik lembut bahunya namun tiada sebarang sahutan daripadanya.

“Bangunlah princess, sudah-sudahlah jadi sleeping beauty., bangun. Jangan terlelap terlalu lama…” aku mulai tak sedap hati, dah kenapa dengan Embun. Ku pegang tubuhnya dan kurasakan dingin. Segera ku tepis andaian buruk itu, mungkin kesejukan pagi ini memuat tubuhnya juga dingin seperti ais.

“Embun Azure, bangun Embun. Jangan buat aku risau, im not kidding, wake up!’’ bentakku mulai panik. Peluh risau menitik bila melihat tubuh di depan ku ini kaku dan sejuk.

Aku segera mendukung Embun dan bergegas ke hospital walaupun tadi aku sudah tidak merasa denyutan nadinya, aku tepis semua, tidak selagi aku tak sampai di hospital.

Setibanya di hospital, Embun terus dimasukkan ke ICU dan aku lekas-lekas menghubungi keluarga Embun.

‘’Maafkan kami, kami sudah mencuba sedaya upaya untuk selamatkan nyawa Cik Embun namun Allah SWT lagi sayangkannya. Takziah kami ucapkan.’’ Ucap doktor pada ibu dan ayah embun juga pada aku yang sedari tadi menanti sebarang jawapan, keajaiban di balik pintu kecemasan ini namun sudah tertulis takdir, Embun sudah menghadap penciptaNYA.

Ibu Embun pengsan dan segera dipapah oleh ayah embun yang turut menangis kerana puteri tunggal mereka sudah pergi meninggalkan mereka, dan aku juga jatuh tersungkur mengenangkan kekasih hatiku meninggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience