BAB 2

Romance Completed 2712

Sememangnya aku sering ingin mengalirkan airmata setiap kali melihat keadaannya.

Tapi siapapun pasti akan sedih bila melihat keadaan Embun sekarang. Sekering-kering hati manusia bis anangis melihat perbezaan Embun yang dahulu berbanding yang sekarang.

Masuk hari ini sudah dua minggu aku tidak bertemu seraut wajah yang kaya dengan senyuman di kelas. Hariku berlalu sepi.

Aku tidak boleh berfikir dengan jelas dan hatiku tidak tenang megenangkan kekasih hati, insan yang ku cinta saat ini sedang bergelut dengan nyawa melawan sakit Kanser otak yang semakin hari semakin merenggut kehidupan remajanya.

Tentang aku pula? Entahlah, aku tidak memikirkan diri aku cuma merasa sakit melihat keadaannya saat ini, adakalanya aku berdoa biar aku sahaja yang menggantikan tempatnya.

Tak sanggup aku melihat perempuan yang aku sayang menderita kesakitan. Ya Tuhan izinkan aku saja ganti tempatnya.

Hari ini rutin harian aku berjalan seperti biasa, usai kuliah aku akan melawat Embun di hospital.

“Feel better today Embun?’’ tanyaku padanya tersenyum cuba menahan kerisauan walhal hakikatnya aku sedang meliha sekujur tubuh yang dulunya berisi kini kurus kering, rambut hitam lebat dan ikal mayangnya mulai gugur.

“Alhamdulillah, hari ini okay berbanding semalam, apa cerita kolej?’’ tanyanya teruja.

“Biasa saja cuma lain sedikit, dah tak sama macam dulu.”

“Ye ke? kenapa? Ada pertukaran sistem ke? Last time datang kelas tak ada juga nak buat renovation bagai?”

“Semua okay tapi aku, aku sudah tak dapat melihat kelibat ceria dan senyuman manis kau setiap kali aku datang kuliah. Sunyi….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience