BAB 17

Romantic Comedy Completed 726

"NAH, mango smoothie special for my babyboo!" Hazim yang tiba-tiba muncul mengejutkan Alifah yang sedang membalas mesej dalam group kerjanya.

"Terkejutlah, kau ni..." marah Alifah sebelum memasuklan kembali telefon ke dalam beg yang disilang rapat ke dada.

"Alah nak sweet-sweet sikit dengan bakal tunang pun tak boleh..." Hazim memuncung bibir sebelum mendapat jelingan tajam daripada Alifah.

Jawapan kepada soalan Hazim demikian hari ialah, YA. Namun Alifah tidak terburu-buru memberikan jawapan ketika itu. Dua minggu dia minta supaya Hazim memberinya masa untuk berfikir.

Semalam, tempoh dua minggu berakhir setelah dia berfikir, berbincang dan turut melakukan solat istikharah atas saranan kakak dan ibunya. Dan jawapannya ialah ya. Dia bersetuju untuk menyertai projek gila 'Cinta Suam Kuku' Hazim itu.

"Gedik sia..." ujar Alifah lalu langsung menyedut minuman kegemarannya itu. Jam di dinding kafe dilihat seketika sebelum dia menghembus nafas lega.

Sedap!

"Aku gedik dengan kau je, Lep," kata Hazim lalu terus bersandar di kerusi. Wajah Alifah yang baru saja habis kerja itu ditatap tanpa lepas.

"Kau tahu tak, Lep..." Hazim menghentikan bicaranya sehingga Alifah mengerutkan dahi dek menunggu ayat seterusnya.

"Aku rasa aku nak apply sijil JAKIM sekarang juga lah," sambung Hazim. Alis Alifah berkerut hebat sehingga hampir bertemu kedua-duanya.

"Bukannya kafe bos kau dah ada sijil halal ke? Buat apa nak apply lagi?" soal Alifah penuh tanda tanya.

"Bukan untuk kafe ni lah," jawab Hazim sebelum tergelak kecil.

"Pastu? Untuk apa?" Mungkin Hazim ni memang suka lihat dahi Alifah berkerut disebabkan tindakan luar kotak dia. Alifah sudah habis fikir dengan idea rawak Hazim itu.

"Untuk kau."

"Hah? Untuk aku?" Alifah menunjuk dirinya apabila mendengar jawapan Hazim itu. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersengih lebar. Apa haram jadah sangat ke perangai dia sampai lelaki itu mahu mohon sijil halal JAKIM?

"Haah sebab aku rasa aku nak halalkan kau pada saat ini terus. Malas nak tunggu lama-lama."

"Bongoknya kau ni!" Alifah sudah duga ada ayat random yang bakal disebut Hazim namun dia tidak sangka serawak ini.

Ada ke punca dia nak mohon sijil JAKIM semata-mata nak halalkan Alifah? Apa dia ingat Alifah ni mi segera ke?

"Bongok-bongok pun bakal suami kau juga." Hazim terus menjelirkan lidahnya pada Alifah buat seketika membuatkan gadis itu menahan tawanya.

"By the way Lep, aku rasa ini masa yang sesuai untuk aku bagitahu kau."

"Bagitahu apa?" Minumannya disedut sekali lagi.

"Kursus yang aku pergi haritu bukan kursus kahwin tapi kursus pengendalian bisnes dan kenaikan pangkat," kata Hazim sambil memandang tepat anak mata Alifah.

"Maksudnya?"

"Maksudnya... Aku takkan kerja kat sini lagi. Alhamdulillah rezeki, bos naikkan pangkat aku untuk aku handle kafe baru yang bakal dibuka di cawangan lain nanti," maklum Hazim dengan senyuman yang tidak pudar di bibir.

"Betul ke Jim? Alhamdulillah, aku tumpang happy untuk kau!" kata Alifah dengan teruja sehingga dia turut duduk tegak seperti Hazim ketika itu.

"Anggap je lah ni rezeki untuk kita nikah nanti," Hazim berkata lembut dengan senyuman yang tak lekang di bibir.

"Sumpah aku cakap, aku tak sabar nak nikah ni Alep..." kata Hazim sambil menjuihkan bibir.

"Sabarlah, kalut nak pergi mana?" decit Alifah.

"Aku tak sabar nak lawan gusti lengan dengan kau. Nak tengok aku ke kau yang lagi kuat." Hazim terus ketawa kuat apabila melihat rahang Alifah yang sedikit terjatuh.

"Apalah nasib aku dapat laki ngok-ngek macam kau ni..." Alifah hanya menggelengkan kepalanya namun bibir masih tersenyum dengan kerenah Hazim.

Inikah bahagia seperti apa yang dikatakan kakaknya dulu?

Walaupun sederhana tapi cukup untuk rasa bahagia itu terbina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience