BAB 11

Romantic Comedy Completed 726

"NAK order apa cik?" Alifah hanya tersenyum kecil dengan leher dipanjangkan untuk mencari seseorang.

"Saya nak mango smoothie satu, large cup," pesan Alifah namun matanya masih meliar mencari keberadaan Hazim. Mana pergi lelaki itu? Sudah empat hari setelah kejadian itu dan dia langsung tidak membalas mesej Alifah. Disebabkan itu Alifah membuat keputusan untuk mencari Hazim di sini.

"Nama?"

"Alep."

"Nak tambah apa-apa lagi?"

Alifah menggeleng laju, "Tak ada dah."

"Baik terima kasih, harganya RM12."

Alifah terus menunjukkan resit pembayarannya pada pekerja itu lalu berlalu ke meja berdekatan rak buku. Dia melabuhkan duduk dengan mata yang masih ligat mencari lelaki itu.

Mana dia pergi? Dia merajuk ke?

Tanpa dia sedar, tiba-tiba kakinya dipeluk oleh seorang kanak-kanak lelaki yang dalam lingkungan empat tahun. Terus Alifah duduk tegak lalu memandang ke bawah.

"Aii kakak!" tegur budak lelaki comel yang bermata bundar dengan anak mata berwarna hazel itu sambil melambai tangan kecilnya pada Alifah.

Alifah yang terkejut melihat semula dirinya. Kakak?

Oh ya... Hari ini dia tidak memakai bandana dan pakaian seperti lelaki. Dia hanya memakai jeans dan hoodie serta rambut pendek yang ditocang satu. Tidak terlalu keperempuanan tapi tidak pulak seperti pakaian kebiasaannya.

"Er... Hai?" balas Alifah dalam keadaan janggal. Oh sungguh dia tidak tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan kanak-kanak sekecil ini.

"Kakak antiklah acam mama Eyash!" kata budak kecil itu sebelum menarik kerusi di sebelah Alifah dengan sepenuh tenaga. Alifah yang melihat langsung menolong lalu si kecil itu terus memanjat dan duduk dengan sengihan yang tidak lekang di bibir.

"Mana mama Eyash?" soal Alifah sambil mencari sekeliling kafe. Mana pergi ibu budak ni? Dia sudahlah tidak reti nak melayan budak-budak!

"Mama Eyash dalam opish dengan Eya. Kakak, kakak nama apa? Nama kita Eyash Awan," soal 'Eyash' sambil menghayunkan kaki pendeknya itu dengan kepala terteleng melihat wajah gadis itu.

"Nama kakak Alifah Samira, Eyash boleh panggil akak Alep je."

"Alep?" Alifah angguk apabila dia disoal oleh kanak-kanak kecil itu.

"Acam alip ba ta tu ke kakak? Mama Eyash ajar alip ba ta tsa jim ha gho! Kakak tahu tak alip ba ta tsa jim ha gho tu?" Becok mulut kecil itu menyoal itu dan ini pada Alifah. Gadis itu sudah buntu mahu menjawab apa.

"Er.. haah. Yang itulah..." jawab Alifah mengeyakan saja apa yang dalam fikiran 'Eyash' itu. Nama dia yang dipanggil di kaunter bagai menyelamatkan keadaannya yang bagaikan tersepit dengan budak mulut becok itu.

"Akak pergi ambik air kejap tau," maklum Alifah lalu terus bergerak ke arah kaunter tanpa menunggu jawapan 'Eyash'.

Pulang saja dia ke meja tadi, kakinya terpaku buat seketika apabila melihat seorang lelaki sedang berbual dengan si budak Eyash tadi. Langsung dia bergerak ke arah meja lain dengan harapan kelibatnya terhijab pada pandangan anak murai itu.

"Kakak Aleppp!" Sebaik saja dia melabuhkan duduk, terdengar namanya nyaring dipanggil oleh suara kecil itu. Alifah terus memejamkan matanya dan menarik nafas dalam sebelum berpusing ke arah suara itu.

Kali ini matanya tertancap pada gerangan Eyash, lelaki dewasa tadi, wanita yang pernah dia hantar parcel dulu dan juga kanak-kanak kecil sebaya Eyash. Er... Satu keluarga?

"Mama babah, itulah Kakak Alep yang Eyash cakap tadi. Dia antikkan?" ramah benar suara kecil itu memberitahu pada kedua-dua orang tuanya di situ. Alifah hanya mampu tersenyum janggal apabila diperhatikan oleh mama dan babah Eyash.

"Eh, awak kawan Hazim kan?" tegur wanita itu dan Alifah hanya angguk.

"Saya Taliya," tegur Taliya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Saya Alifah. Boleh panggil Alep," balas Alifah.

"Saya minta maaf kalau anak saya dah kacau awak. Si budak Elyas ni memang terlebih ramah sikit," kata Taliya memohon bagi pihak anak lelakinya itu.

Elyas? Oh, Eyash tu Elyas ke?

"Tak apa puan, dia interview saya sikit je tadi," seloroh Alifah sambil menjeling Elyas yang rancak bercerita pada babah dan juga kembar perempuannya di meja sana. Benar-benar banyak mulut.

Taliya terus tertawa dengan jawapan Alifah.

"Harapnya dia tak tanya awak soalan yang pelik-pelik," kata Taliya lagi dengan senyuman yang tak pernah luntur. Cantik betul...

"Takdelah puan, biasalah budak-budak."

"Awak janganlah panggil saya puan, dah macam Hazim dah..." tegur Taliya sambil memuncungkan sedikit bibirnya.

"Sorry... saya tak tahu nak panggil apa sebab selalu dengar Hazim panggil awak puan," jujur Alifah berkata.

"Panggil je Akak Liya. Awak muda lagi kan? Berapa umur?" Bertubi-tubi soalan terbit daripada bibir Taliya.

"Saya baru 24 tahun akak."

"Oh, muda daripada Hazim,"

"Hazim umur berapa?" Soalan Alifah itu menyebabkan Taliya mengerutkan dahinya buat seketika.

"27 tahun dah si budak Hazim tu. Awak datang sini nak cari Hazim ke?" Tanpa berdalih, Taliya terus menyoal gadis itu apabila semenjak tadi dirinya hanya memerhati mata itu melingas hebat.

Alifah tersentak lalu mengangguk perlahan dengan soalan cepumas itu.

"Hazim tak ada, dia pergi kursus. Dia tak bagitahu awak ke?" Sekali lagi soalan itu bagai menyentak jantung Alifah.

"Dia tak reply chat saya akak, tak tahu kenapa. Merajuk kot sebab saya tak jumpa dia waktu dia datang tempat kerja saya haritu," luah Alifah secara tidak sengaja.

"Oh itu ke puncanya Hazim balik kafe dengan muka masam mencuka haritu." Taliya tertawa kecil apabila teringatkan muka Hazim.

"Hazim tu jarang nak merajuk sepanjang akak kenal dia. Dia kuat mengusik orang je and seorang yang sangat happy-go-lucky. Jadi bila Alep bagitahu yang dia merajuk tu akak shik shak shoklah jugak." Sekali lagi Taliya tertawa apabila melihat wajah Alifah yang seperti tidak sangka dengan ayatnya itu.

"Alep dah call dia?" soal Taliya lagi.

"Dah, tak berjawab jugak..." Disebabkan itulah dia berada di sini tika itu kerana dia sudah tidak tahu mahu mencari Hazim di mana.

"Awak tunggu kejap," tutur Taliya sebelum bangun dan mendekati suaminya, Ezrul yang masih melayan kedua-dua anak kembar mereka.

"Abang, nak pinjam phone kejap. Nak call Hazim," kata Taliya sambil tersengih dengan tangan yang dihulurkan di hadapan Ezrul.

"Buat apa nak call Hazim? Dia tengah kursus kan?" soal Ezrul semula.

"Girlfriend dia datang cari Hazim sebab dia merajuk. Dah berapa hari dia tak jawab call and reply chat awek dia." Terang Alifah panjang sambil menjeling pada Alifah di meja sana.

"Girlfriend?" soal Ezrul semula. Sejak bila Hazim itu bercinta?

Pada masa yang sama, Ezrul turut melihat ke arah yang sama dengan isterinya. Gadis itu hanya tersenyum nipis akibat terasa janggal. Ezrul turut membalas senyuman itu sebelum kembali melihat Taliya. Telefon di dalam poket seluar turut diberikan pada isterinya.

"Janganlah senyum-senyum sangat kat perempuan lain, abang..." adu Taliya sambil memuncungkan bibir.

Ezrul terus tertawa kecil lalu menarik bibir itik isterinya. Suka sangat muncung! Dah boleh sangkut hanger dah.

"Jangan jealous sangat, abang sayang Liya sorang je."

"Nak jealous jugak. Hmph, bye!" Terus dia kembali ke meja yang dia duduki bersama Alifah tadi.

"Sorry akak lambat, kejap eh akak call Hazim." Jemarinya langsung laju mencari nombor telefon Hazim dalam telefon suaminya.

"Eh akak, takpelah." Alifah melarang namun Taliya hanya menggelengkan kepala. Terus dia hulurkan telefon itu pada Alifah tanpa teragak-agak. Gadis itu menyambut dalam keadaan ragu-ragu dan meletakkan telefon itu pada telinga kanannya dengan mata yang menatap mango smoothie yang sudah tinggal separuh.

"Assalamualaikum bos? Kenapa call biasa ni? Bos dah tak bisu ke?" Alifah menelan liurnya sebaik saja suara Hazim menerpa gegendang telinganya.

"Bos? Bos ke ni?" soal Hazim lagi.

"Ke ini puan? Puan nak apa ni call saya? Baru dua hari saya pergi kursus puan dah rindu nak gaduh ke?" tambah Hazim lagi dengan tawa yang mengejek.

"Jim... Ini aku, Alep." Alifah terus menegur dengan suara perlahan. Dan-dan keadaan menjadi senyap sunyi tanpa bicara.

Hampir seminit keadaan mereka seperti itu.

"Kau nak apa, Alifah?" Keluhan terus terlepas dan Alifah hanya diam.

Alifah... Hazim memanggilnya Alifah...

"Kenapa kau tak reply chat aku?" soal Alifah.

"Aku tak nak ganggu kau, itu je." Hazim bercakap seolah-olah dia berjauh hati. Belakang kepala dipegang dan digaru perlahan.

"Kau marah aku, Jim?"

"Mana ada." Pantas dia menjawab.

"Dahtu? Kau langsung tak seen chat aku. Kalau tak marah, tu apa?" Kali ini dahi Alifah pula yang berkerut.

"Sayang," kata Hazim perlahan. Sangat perlahan sehinggakan Alifah turut tidak mendengar.

"Hah?"

"Tak ada apa. Aku tak marah kau, aku faham je perangai tak semenggah kau yang nak baran tak tentu pasal tu. Duduk je sana elok-elok, habis je kursus aku terus balik jumpa kau," balas Hazim panjang.

"Bila kau habis kursus?"

"Esok hari last, lepas zuhur aku balik. Tahan kejap rindu kau, esok aku sampai depan rumah kau. Okey, galah?" usik Hazim sambil menahan senyum. Haish, kenapa tak boleh nak merajuk lama-lama ni?

"Perasanlah. Siapa rindu kau, gila." Alifah laju memintas dan berdecit kuat.

"Kalau tak rindu, kenapa kau sampai call aku guna phone bos kesayangan aku tu?" Bibir mula tersungging senyuman sinis.

Alifah tergamam dan berdehem perlahan.

Hazim ni memanglah!

"Dahlah, bye!" Terus dia mematikan panggilan dan menyerahkan kembali telefon itu kepada Taliya yang mengulum senyum memandangnya.

"Terima kasih kak sebab pinjamkan telefon. Saya balik dulu ya, terima kasih," ujar Alifah lalu menunduk sikit pada Ezrul dan terus meninggalkan kafe itu.

Malu!

Malu!

Malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience