BAB 9

Mystery & Detective Completed 360

Aku nekad tidak mahu menoleh, terlalu seram untuk ditatapi wajah budak
kecil itu. Aku menghayun langkah selaju mungkin. Derap langkahku pantas
dan laju, namun terhenti tiba-tiba. Terlalu payah untuk aku melangkah.
Lelaki tua itu ketawa tiba-tiba.

Tanpa aku sedari, rupa-rupanya seutas tali telah dijerut ke leherku
sewaktu aku melangkah. Aku diseret kembali melewati gerbang batu itu.

“Berani kau tusuk anak belaan aku hah.” Rungut lelaki tua marah.

Sekali lagi tawa nyaring memecah perkarangan tadika itu. Budak kecil itu
berpaut pada kakiku.

“Abang dah balik… Lepas ni adik ambil mata abang ya… adik nak simpan
dalam tin.”

Aku ditarik memasuki bilik tadi, nafasku semakin sesak bila budak kecil
itu menindihku. Tanpa sempat aku merayu, kuku tajamnya dibenam ke soket
mata. Aku meraung dan dapat aku rasakan darahku terpercik. Lelaki tua
itu hanya membatu di sudut pintu. Makin gembira budak itu, semakin rakus
dia mengorek mataku. Mataku tercabut. Terasa urat perutku tersentak
akibat kesakitan yang tidak mungkin aku bayangkan itu.

“Yeh…yeh… dapat satu mata,” nada gembira bergema. Melalui satu mata yang
tinggal bersama pandangan yang pecah aku lihat mataku dijulang tinggi.
Mata itu bersalut darah dan cebisan daging terjuntai terayun-ayun bila
tangan syaitan kecil itu bergerak.

Budak lelaki itu sangat gembira bila melihat kejayaannya. Aku sudah
semakin lemah untuk melawan.

“Arrrrg…” itulah jeritan paling dasyat pernah aku jeritkan apabila kuku
tajam itu dibenam ke dalam mataku yang terakhir. Dan jeritan kesakitan
itu adalah melodi yang terindah dicuping dia. Tidak berapa lama badanku
terdorong naik dengan ikatan yang semakin menjerut, aku pasti yang
lelaki tua itu sedang menaikan tali melintasi alang kayu seperti apa
yang telah dilakukan kepada mayat-mayat yang lain.

Aku menggelupur kecil dan itu sudah cukup untuk mengundang tawa budak
kecil itu. Buktinya dia kembali terlompat-lompat.

“Yeh.. yeh… abang nak tinggal dengan adik.” Aku dapat mendengar jelas
bunyi lompatan itu. Dan makin lama bunyi lompatan itu semakin menghilang
bersama menghilangnya nyawaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience