BAB 8

Mystery & Detective Completed 360

“Abangggg… adik nak mata,” jeritan budak itu makin menggila. Aku toleh
sekilas ke belakang, budak itu sedang merangkak lemah.

Aku sudah nekad mahu ke pintu pagar, mahu kupecahkan rantai yang
melingkar. Aku pasti aku boleh melakukannya. Walau pun ketakutan namun
ini bukanlah masa terbaik untuk aku membiarkan ketakutan menghalang.

Sebaik tiba, kutarik rantai yang melingkar dengan harapan rantai itu
akan terbuka, namun besi tetap besi bukan sesuatu yang ampuh.

“Abang… abang… adik nak mata,” sayu kedengaran suara budak kecil itu
memanggil, kutoleh dan dalam terang bulan kulihat budak itu berjalan
perlahan dengan perut tertusuk kayu.

“Matilah aku kali ni…” Makin laju tanganku merentap rantai yang
melingkar. Mataku pula menyilau-nyilau memerhati keadaan sekeliling dan
budak kecil itu yang menapak lemah.

“Kenapalah sial sangat rantai ni…” dengusku marah berteman takut yang
makin melimpah.

Dari balik semak di hadapanku jaga tua muncul lagi dengan langkah
terkangkangnya. Perlahan dan berhati-hati.

“Pak cik… tolong saya.” Aku menjerit.

Kutoleh ke belakang, syaitan kecil itu semakin menghampiri. Makin kuat
jeritanku minta simpati.

“Pak cik tolong saya… saya minta maaf. Saya buat apa saja, asalkan pak
cik bukakan mangga ni,” rayuku sepenuh jiwa. Aku rasa inilah rayuanku
yang paling terdesak dan ikhlas.

“Betul kau nak buat apa saja yang aku mahu.”

“Ya! Pak cik. Saya buat apa saja, asalkan saya lepas.” Aku taut kedua
belah tangan, merayu lagi.

Jaga tua itu senyum tanda setuju. Sebaik tiba, selaju mungkin dia
meleraikan rantai yang tersimpul. Aku jadi gembira. Sebaik pintu terbuka
kedengaran raungan hiba budak kecil itu.

“A-abang… kenapa tipu adik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience