BAB 4

Mystery & Detective Completed 360

“Dah macam kongkang aku tengok. Masih ada hati nak sembur aku. Ni lah
masalah orang tua. Nak suruh yang muda hormat, tapi mereka macam lanun.”

Aku tersentak bila teringat permainan yang sedang berlansung. Pantas aku
membuka langkah, mencari. Aku selongkar timbunan kerusi lama.
Terbatuk-batuk bila debu berterbangan. Malah wajahku diselaputi sarang
labah-labah. Aku menapak ke belakang.

“Sekolah apa macam ni. Aku tengok dah macam rumah hantu. Habuk penuh.
Bau punyalah hapak.”

Aku masih mengomel-ngomel. Dan omelanku terhenti bila terdengar suara
budak lelaki ketawa di bilik sebelah. Aku senyum kerana pasti itu suara
budak lelaki itu. Apa lagi terjingkit-jingkit aku ke bilik darjah
sebelah. Terintai-intai mencari kelibat budak kecil itu.

“Hah dapat jugak kau budak. Macamlah aku tak nampak kau duduk bersila
atas almari buku tu.”

Sepantas kilat aku terjah.

“Dapat… abang dah dapat adik. Sekarang adik pula yang jadi.” Aku jadi
bersemangat melayan. Lagi pun esok cuti. Tak salah aku temankan budak
kecil itu sehingga ibunya menjemput.

Bilik darjah itu hanya disirami lampu suram. Aku jadi pelik, manakan
tidak dalam kepesatan pembangunan masih ada sekolah yang daif. Hidungku
menular laju. Menghidu-hidu sesuatu. Kalau boleh aku katakana ia adalah
sesuatu yang amat memualkan dan berbau hanyir. Hampir termuntah aku.

Budak kecil itu ketawa tiba-tiba.Mulanya kecil, kemudian menjadi
nyaring. Meremang bulu romaku. Aku tenung wajahnya. Dia balas renunganku
tanpa berkelip mata. Seram meramas hati. Aku jadi resah. Air liurnya
menitik.

“Abang balik dululah.” Aku berpusing.

“Abang dapat cari adik. Bermakna abang dapat dua mata. Nah… ambil ni.”
Budak itu berkata sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience