BAB 7

Mystery & Detective Completed 360

“Bila empat nak mati… adik tanya ni, bila empat nak mati…” Budak kecil
itu menangis sayu. Digosok matanya. Tidak lama dia memusingkan kepala ke
arah kedudukanku lalu ketawa lagi, menyeringai gigi-giginya.Kemudian
bagun dan melangkah.

“Abang keluarlah adik nak mata.”

Aku kelu. Pegun. Ketawa budak itu makin menggila. Kerusi dan meja,
dilempar satu persatu. Sungguh luar biasa kudratnya. Akhirnya kami
betul-betul bertentang mata. Dia menyeringai. Baru kuperasan,
kuku-kukunya panjang meruncing. Matanya makin terbelalak gembira.

“Abang nak mata!” jerit budak itu, bau hanyir daripada mulutnya
merimaskan pernafasan.

Tangan kecil dengan kuku runcingnya kini sedang menjerut leherku,
tersengih-sengih dia seperti joker. Aku terdorong ke belakang dan
separuh terlentang, sebaik wajahnya menghampiri , cecair busuk daripada
matanya jatuh mengenai wajahku. Loya menyerang tiba-tiba, namun dengan
leher yang sedang dicengkam kemas adalah mustahil untuk aku muntah.

“Abang… adik nak mata.” Jerit budak itu.

“Jangan bunuh aku… jangan ambil mata aku…” rayuku.

“Boleh!! Tapi abang kena bawa adik balik. Adik tak mahu duduk kat tadika
ni. Adik nak abang.”

“Kau s-setan. Mana boleh ikut aku…” terketar-ketar aku menjawab.
Tanganku meraba-raba mencari sesuatu untuk dijadikan senjata.

“Srrrrg,” satu cakaran singgah ke pipiku. Pagi itu jeritanku bergema
lantang bila kuku runcing budak itu dibenamkan ke kulit wajahku. Terasa
perit dan aku yakin darah pekat pasti sedang mengalir keluar. Tidak
menunggu lama budak itu menjelirkan lidah.

Saling tidak ubah seperti lidah ular yang bercabang. Makin ghairah
matanya mencerlang. Tidak menunggu lama budak itu medaratkan lidahnya
yang luar biasa panjang itu ke pipiku. Dijilat-jilat darah yang keluar
berteman dengusan nafas bernafsu. Mungkin dia begitu menikmati kemanisan
darah lelaki muda.

Sedang lidahnya menjilat rakus, sebelah lagi tangan mengusap-usap
mataku, sesekali dia mendecit lucu seakan-akan gembira yang mataku bakal
menjadi miliknya. Namun aku sudah nekad kalaupun ini adalah akhir
hidupku. Aku akan pastikan aku mati tanpa menyerah bulat-bulat.

“Hiahh..” Aku benamkan satu tusukan ke perut syaitan kecil itu.

“Arrrg…” Jeritan nyaring bergema, menggegarkan kawasan sekitar seperti
gempa bumi sedang berlaku. Mayat- mayat yang bergantungan terbuai laju,
timbunan kerusi meja jatuh berselerakan. Aku tendang budak kecil itu dan
bingkas bangun lalu berlari keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience