BAB 2

Mystery & Detective Completed 360

Aku perhati sekeliling. Makin gelap makin seram. Bunyi kersikan dedaun
meremangkan bulu roma. Angin tiba-tiba bertiup laju. Aku perhati budak
kecil itu. Matanya mencerlang memandang, bibirnya terkumat-kamit. Aku
jadi pelik. Sebenarnya aku jadi cuak.

“Main apanya. Dah pukul berapa ni. Dah malam. Pergi balik. Karang mak
adik risau,” halau aku. Budak kecil itu ketawa lucu.

“Abang takut hantu ya… kata berani… hantu suka orang penakut tahu tak?”
aju budak kecil itu. Seketika dia sengih pelik. Kemudian melompat.

“Abang takut hantu? Tolong sikit. Setakat hantu tu, abang pelempang
bodoh saja.” Aku masih bernada angkuh. Malulah kalau depan budak kecil
pun aku tunjuk kecut.

“Adik tak nak balik. Adik nak main. Tu…” dia tala jari ke belukar
berhampiran.

Baru aku perasan disebalik belukar samar cahaya memancar.

“Rumah adik ke kat situ.” Aku juih mulut. Ragu.

“Bukanlah… tadika. Jom main kat situ nak. Cikgu adik kata kalau mak
lambat ambil boleh tunggu kat tadika.” Budak kecil itu cium teddy
bearnya lagi.

“Main kat sini dahlah. Lampu jalan ni kan ada,” bantahku.

Budak itu masih kembali melompat. “Yeh… yeh… abang nak main.”

“Nak main apa. Cepat sikit abang nak balik rumah lekas ni,” gesaku. Aku
pun pelik macam mana aku boleh setuju.

“Tapi ada syarat tau kalau nak main,” tokok budak kecil itu.

“Apa-apa lah adik oiii… abang tak boleh lama-lama. Cepatlah sikit,” desakku.

“Siapa yang menang dapat dua mata.”

“Setuju. Jangankan dua mata sepuluh mata pun abang bagi. Nak main
badminton ke?” ajuku resah. Jam ditangan dah menunjukkan angka sembilan.
Perut makin keroncong.

“Yeh… yeh… abang nak main dengan adik.” Budak kecil itu kembali melompat.

“Kita main sampai dua mata dah lah. Abang kan nak balik jauh.” Budak
kecil itu melentokkan kepala ke kiri. Senyum pelik kemudian.

“Nak main apa?” ajuku.

“Kita main sorok-sorok nak,” pinta budak kecil.

“Sorok-sorok apanya malam-malam macam ni. Gelap tak nampak apa-apa.
Kalau abang menyorok adik tak dapat cari punyalah.” Aku bantah.

“Kita main kat tadika, nak? Jomlah… abang. Kesian kat adik. Kali ni
saja,” rayu budak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience