“Kau ni tak baiklah cakap macam tu.. Kau nak gelikan apa? Dia bukannya kacau kau pun. Lagipun dia kerja, cari rezeki yang halal kot untuk anak-anak dia. Kau tak perlu kot nak judge dia sampai begitu sekali sebab kau tak ada di tempat dia and you know nothing about her.” Kata Ariana, sedikit sebanyak berjaya menyentapkan hati Safiya namun cepat-cepat dia menepis perasaan itu daripada terus menghantui dirinya.
Mereka duduk di ruang tamu seketika, menonton rancangan tv bersama. Sesekali tawa mereka bersatu tatkala melihat adegan-adegan lawak yang ditayangkan di skrin.
“Ariana.. Safiya, mari makan.. Makanan dah siap ni.” Laung Datin Rina dari dapur. Berdecit Ariana lari, pergi mendapatkan mamanya di dapur manakala Safiya hanya berjalan saja. Figura ibunya dicari di serata ruang namun tiada.
Sampai saja di meja makan, langkah Safiya terhenti seketika tatkala melihat ibunya turut melabuhkan duduk di meja itu dan kerusi kosong yang disediakan untuknya terletak bertentangan dengan ibunya.
“Tercegat apa lagi? Marilah sini!” panggil Ariana, sekaligus mematikan lamunan Safiya.
Lauk pauk yang terhidang di meja membangkitkan selera Safiya. Pelbagai juadah terhidang di depan mata. Ayam masak mentega, daging masak hitam, ikan masak merah, telur bungkus.. Macam-macam ada. Jika di rumah, tiada juadah sebegini terhidang di meja makan, malah jauh sekali untuk ada lauk sebegini di rumahnya. Yang ada hanya telur goreng, tak pun ikan sardin.
Doa makan dibaca oleh Hamizan. Puan Aaminah memandang anaknya itu tanpa kata. Dia teramat rindukan anaknya itu. sudah 3 bulan lamanya Safiya tak balik ke rumah, biarpun ada saja cuti panjang pada setiap bulan. Safiya tak pulang ke rumah, namun dia menikmati setiap cuti dengan berjalan-jalan dengan Ariana, menggunakan duit PTPTN yang sudah habis digunakannya.
“Eh.. Mummy kau tahu tak kau kesini?”
Tersentak puan Aaminah tatkala mendengar pertanyaan yang dilontarkan Ariana kepada Safiya tadi. Mummy? Safiya memanggilnya mak dan bukannya mummy.
Share this novel