“Minum dulu mak cik..” gelas itu diletakkan di hadapan puan Aaminah. Terasa segan pula dalam dirinya dilayani oleh tuan rumah sebegitu rupa. Dia sedar, dia hanya seorang tukang cuci dan tak pantas pun untuk dilayani sebegini oleh Hamizan.
Sewaktu dalam perjalanan, Safiya hanya diam membatu di belakang kereta. Ariana kelihatan gembira bercerita itu dan ini mengenai wayang yang ditontoni olehnya semalam kepada ibunya. Jauh disudut hatinya, dia berasa cemburu dengan hidup yang dimiliki oleh Ariana. Sudahlah cantik, kaya pula tu.. Sedangkan dia? Apa saja yang dia ada? Harta jauh sekali..
Kereta BMW 3 Series itu masuk ke perkarangan rumah. Bunyi picitan hon yang dihasilkan oleh Datin Rina membuatkan puan Aaminah tersentak seketika lalu cepat-cepat menghabiskan saki baki air oren dalam gelas.
“Mama dah balik tu.. Mak cik duduk sini kejap ya? Mizan panggilkan mama..”
“Inilah rumah aku.. Masuklah..” kata Ariana, menarik tangan Safiya masuk ke dalam. Mereka berdua terserempak dengan abang Ariana, Hamizan dan Safiya hanya menunduk hormat saja kepada lelaki itu.
“Abang ni kawan adik, Leeya. Leeya, ni abang aku, Hamizan. Tapi biarlah kat dia, jom masuk dalam..”
Kagum juga Safiya melihat keadaan rumah kawannya itu. Memang kaya benar keluarga Ariana ini sehinggakan sangkar kucing yang dilihat diluar rumah tadi turut mempunyai pendingin hawa sedangkan dia dirumah hanya ada kipas saja.. Itu pun hidup segan mati tak mahu.
Mata Ariana tertancap pada figura orang asing di ruang tamu. Lantas dia pergi mendapatkan orang itu untuk bertanyakan tentang dirinya.
“Aunty ni siapa ya?” soalnya dalam nada curiga. Kalau dilihat dari segi pemakaian, dia dapat mengagak bahawa puan Aaminah bukanlah kawan kepada mamanya. Kawan mamanya bergaya bagaikan artis, bukan berpakaian kekampungan sebegini..
“Nama mak cik Aaminah..” tersentak Safiya seketika tatkala mendengar suara tua itu.
Share this novel