“Pak Samad..” bisiknya. Hanya pak Samad sajalah yang sudi membantu mereka tatkala keluarganya dilanda masalah duit. Hutangnya pada pak Samad makin hari makin meningkat. Mujur sajalah orang tua itu bukan jenis yang berkira.. Kalau tidak, entah ke mana lagilah dia perlu pergi untuk minta pertolongan dikala dia memerlukan wang..
Puan Aaminah bangun dari kerusi lantas menapak ke bilik untuk memakai tudung. Dia perlu berjumpa dengan pak Samad untuk pinjam duit, buat belanja anaknya di universiti. Biarpun terpaksa menebalkan muka menghadap lelaki itu namun dia tak kisah. Perasaan itu diletak ketepi. Tak kan dia mahu biarkan anak perempuannya itu kelaparan di sana? Tidak.
Tersenyum panjang Safiya tatkala mendapat mesej dari ibunya. Masakan tidak, orang tua itu baru saja memasukkan wang seperti yang dia minta tadi, tepat pada masanya. Lengan Ariana yang sedang sibuk menyalin nota disiku olehnya lantas gadis itu menoleh ke arahnya.
“Wayang.. on” katanya sambil tersenyum kegembiraan.
Dalam masa tak sampai sehari saja, Safiya sudah berjaya menghabiskan duit yang baru dimasukkan oleh ibunya tengah hari tadi. Wayang, makan, wayang lagi dan makan. Dia tak tahu betapa malunya muka ibunya semasa mahu mendapatkan duit itu buatnya dan dia pula boleh bersenang lenang menghabiskan wang itu dengan boros sekali.
Sebelum masuk tidur, dia sempat mengarang ayat untuk dihantar kepada ibunya, untuk memberitahu bahawa dia sudah pokai. Kali ini, dia betul-betul tak ada duit untuk beli makanan. Di dalam dompetnya saja sudah kosong, hanya tinggal IC dan kad bank sahaja.
*Mak. Duit habis. Orang kena beli buku tadi, lecturer suruh. Orang tak makan malam pun tadi sbb x de duit.*
Butang send ditekan dan dia terus terlelap.
Puan Aaminah menarik nafas panjang setelah membaca mesej dari Safiya. Wajahnya yang sugul itu kelihatan jelas sekali membuatkan Alif pergi mendapatkan ibunya yang sedang duduk di hadapan mesin jahit itu. Terdetik rasa kasihan dalam dirinya buat ibunya itu. Sejak kak long masuk u, ibunya bekerja keras untuk menampung perbelanjaan kakaknya di sana. Ibu mengambil upah jahit baju, buat kuih, kemas rumah orang dan kadang kala mengasuh anak jiran.
Share this novel