BAB 5

Family Completed 776

“Kalau tak apa?”

“Orang berhenti belajar.” Ugutnya. Dia tahu ibunya mahu dia habiskan belajar di universiti memandangkan dia adalah harapan ibunya untuk mengubah nasib keluarga mereka. Dia juga tahu bahawa ibunya akan ikut segala kemahuannya jika dia mengugut ibunya seperti tadi.

“Leeya, janganlah macam ni. Kalau mak ada duit, mak dah beri. Tak perlu Leeya minta tau mak tahu Leeya ada duit ataupun tak. Tapi sekarang, mak betul-betul tak ada duit. Tolong faham keadaan mak ya..” bergetar suaranya memujuk anaknya lagi.

Tak betah mendengar pujuk rayu ibunya itu, Safiya terus mematikan talian. ‘Ish orang tua ni.. Menyampah pula aku rasanya. Aku minta dia bagi aku duit saja, bukannya menangis! Meluat betul!’ kutuknya dalam hati.

Perlahan, imej ibunya sedang menangis bermain di minda. Hatinya terusik sedikit melihat ibunya sedang bersedih namun pantas dia cuba untuk menghalau khayalannya itu jauh dari fikiran.

‘Ah.. Buat apa aku nak kesiankan dia? Dah tanggungjawab dia sara aku.. Tak salah pun kalau aku minta duit kat dia..’ katanya, cuba memujuk hati. Langkah diatur, kembali ke biliknya.

“Macam mana?” soal Ariana, tak sabar.

“Mummy aku busy doh. Dia ada mensyuarat kejap lagi. Dia tak boleh keluar untuk bank in aku duit..” bohongnya lagi. satu persatu pembohongan direka olehnya untuk menutupi segala kekurangan yang dia ada.

“PA mummy kau kan boleh tolong bank in kan?” cadang Ariana yang memperayai omongan palsu Safiya sebentar tadi.

“Dia mc. Gastrik.”

Puan Aaminah mencicip kopi panas yang dibuatnya tadi. Jam di dinding dikerlingnya sekilas. 9 pagi. Di mana dia mahu cari wang sebanyak seratus ringgit untuk Safiya ? Di dalam dompetnya saja ada RM 30, dimana duit itu mahu digunakan untuk beli barang-barang untuk buat nasi lemak nanti. Dia mengeluh kecil memikirkan masalah yang dihadapinya itu. Sungguh, dia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience