BAB 3

Family Completed 776

“Beb, lepas kelas wayang jom? AADC2 seround dua.. Lepas tu kita nandos?” Ariana mengajak, lebih kepada memaksa. Safiya diam seketika.

Dalam akaun banknya hanya ada RM 16.54 manakala dalam dompetnya hanya ada lebih kurang sepuluh ringgit sahaja. Minggu ini ibunya masih lagi masukkan duit untuknya dek kerana perlu menyelesaikan hutang yuran persekolahan adik-adiknya terlebih dahulu.

“Aku tengah sesaklah beb.. Mummy aku belum masukkan duit lagi..” katanya.

“Kau ni, nak kata bengap kang marah. Phone kan ada? Call sajalah, suruh masukkan duit. Kan senang?” Ariana selamba membalas tanpa mengetahui situasi keluarga rakan sebiliknya itu.

Dari segi penceritaan Safiya, Ariana mengagak bahawa Safiya adalah anak kepada jutawan kaya raya yang memiliki syarikat di serata negeri walhal semua itu tidak benar sama sekali. Safiya hanya mereka-reka cerita saja supaya dia tak dipandang rendah oleh Ariana.

“Aduh.. Tak boleh doh..” dia cuba berdalih. Melihatkan riak muka Ariana yang sudah bertukar, dia beralah.

“Yalah.. Yalah.. Kejap aku call.” Dia bangun dari kerusi lantas melangkah beberapa tapak jauh dari Ariana. Risau juga kalau-kalau perbualan antara dia dan ibunya kedengaran oleh gadis itu nanti.

Handphone jenama Lenovo A369 dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor ibunya didail. Sesekali dia menoleh kebelakang, untuk memastikan bahawa Ariana tidak berdiri dekat dengannya.

5 saat menunggu, panggilannya dijawab oleh ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience