‘Itu macam suara mak..’ katanya perlahan. Dari jauh, dia melihat Ariana sedang beramah mesra dengan seseorang di ruang tamu. Hati kecilnya dapat mengagak bahawa itu adalah ibunya namun dia tetap berharap bahawa telahannya adalah salah.
‘Bagaimana kalau itu benar-benar mak? Habis terbongkarlah semua rahsia dan pembohongan aku pada Ariana nanti!’ dia sudah kegelisahan.
Dalam kepala, masih lagi berkira-kira sama ada mahu turut kesana, untuk memastikan bahawa itu adalah ibunya ataupun bukan.
“La.. Leeya? Kenapa tercegat di sini saja? Kenapa tak duduk kat ruang tamu tu?” Datin Rina menegur, membuatkan Safiya melompat kecil, terkejut.
Suara Datin Rina menyapa gegendang telinga puan Aaminah membuatkan dia cepat-cepat bangun dari duduk. Sekali dia berpusing, pandangan matanya dan pandangan mata milik Safiya bertaut. Tersentak Safiya dibuatnya, begitu juga puan Aaminah. Tersenyum lebar dibuatnya sewaktu melihat kehadiran anak sulungnya di dalam rumah itu. Safiya menjegilkan mata, seperti memberi isyarat kepada puan Aaminah supaya tidak menegurnya.
“Awak Aaminah ya yang saya telefon semalam?” puan Aaminah mengangguk.
“Ya datin. Sayalah Aaminah.. Jadi, apa yang perlu saya kemas ya?”
Dan dengan itu, datin Rina menunjukkan tempat yang perlu puan Aaminah kemas untuk hari ini. Safiya hanya memandang ibunya dengan penuh rasa benci dalam diri.
Orang tua ni.. Tak habis-habis nak malukan aku. Dalam banyak-banyak rumah yang boleh dia pergi cuci, kenapa rumah ini juga yang dia pilih?
“Oi yang kau pandang mak cik tu sampai nak telan tu kenapa?”
“Taklah.. Aku cuma tak suka orang-orang tukang cuci ni.. Geli..” katanya, tanpa memperdulikan perasaan ibunya sama sekali. Puan Aaminah mendengar setiap bait perkataan yang diucapkan oleh Safiya dengan jelas sekali. Dia cuba untuk pura-pura okay namun gagal.
Share this novel