BAB 6

Romance Completed 27504

“ Korang! Lama tak jumpa!” teguran seseorang mematikan perbualan kami. Lima pasang mata mengalihkan pandangan ke arah suara yang menegur. Berdiri di situ seorang gadis manis dengan blaus labuh berlabuci dan shawl yang digayakan sempurna. ‘Cantik!’ hati kecilku berdesis.

“ Batrisya? Betul ke ni Risya? Wow! Gorgeous kau sekarang! Makin cantik!” mendengar sebaris nama itu disebut sudah cukup membuat mataku membulat. Siapa tidak kenal dengan Batrisya, gadis yang menjadi pujaan lelaki di zaman sekolah dulu. Siap ada yang bergaduh dek mengejar gadis ini.

“ Biasa-biasa jela korang. Segan aku korang cakap camtu,” saat dia menghulurkan tangan kepadaku, renungan matanya tajam, tepat menikam mataku. Seakan ada sesuatu yang tidak selesai di antara kami. Apakah ia?

“ Lama tak jumpa kau, Anis. How’s your life? Dah ada pengganti?” adakah hanya aku yang merasakan soalan itu sinis di pendengaran atau semua orang merasakannya? Aku pandang wajah Raudhah yang nyata sudah berubah riak di sisiku. Mungkin tidak menjangka pertanyaan itu akan keluar dari bibir Batrisya.

“ Pengganti? Apasal ni? Bukan kau dengan Dayyan ke Anis? Tadi elok je aku tengok korang bersembang?” soalan Delila membuat aku sudah tidak betah berdiri di situ. Batrisya tayang muka tidak bersalah.

“ La.. kat sini rupanya dia. Dayyan cari Risya dari tadi tau? Rupa-rupanya dia dulu dari Dayyan lagi jumpa diorang,” muncul Dayyan bersama senyuman manis. Yang nyata, ia bukan untuk aku, tetapi untuk Batrisya yang turut tersenyum lebar. Sempat mata gadis itu menjeling ke arahku.

“ Risya kat sini je dari tadi. Kesian dia cari Risya eh?” sebak aku melihat drama sebabak di hadapanku. Kalau ini seperti mana yang aku fikirkan, bermakna…

“ Korang ni ada apa-apa ke? Mesra semacam je..” Dayyan dan Batrisya sama-sama tersenyum. Dalam kepalaku, sudah penuh dengan rangka untuk melarikan diri. Tidak sanggup lagi mendengar bicara seterusnya.

“ Actually.. kami akan berkahwin tiga bulan lagi!” riang suara Batrisya menuturkan kata-kata itu. Kata-kata yang sebenarnya menjadi racun buat diri ini. Racun yang merebak ke dalam hati, mengalirkan bisa yang merantai segenap bahagia buat diri.

“ Tahniah! Ya Allah, tak sangka aku! Dalam diam rupanya korang ni kan? Mati-mati aku ingat si Dayyan ni dengan Anis, rupanya tak!” dan di saat itu, pandangan semua tertumpu pada aku yang masih cuba menelan hakikat itu. Hanya senyuman yang dapat aku berikan meski terasa plastik sekali!

“ T.. tak adalah! Korang ni. Kami rapat, tak semestinya ada apa-apa hubungan, kan?” aku cuba menutup resah di hati. Ingin memandang Dayyan, memohon simpati, rasanya itu bukan pilihan tepat buat diri. Tambahan lagi, siapalah aku di matanya kini, bukan?

“ Erm.. baguslah macam tu, Anis. Aku pun bimbang jugak kot-kot kau terasa ke apa. Soal jodoh ni, bukan kita yang tentukan, kan? Aku pun tak sangka Dayyan akan lamar aku untuk jadi isteri dia. Apa-apapun, aku ucap terima kasih, sebab kau, aku dan Dayyan bakal bersatu,” Batrisya mendakap erat tubuhku tanpa sempat aku berkata apa-apa.

“ And you are a loser, Anis. Aku dah berjaya rampas Dayyan daripada kau. Jangan kau sangka kau hebat sangat sebab dapat miliki Dayyan dulu, sebab aku akan tetap jadi pilihan dia sampai-sampai bila. Dayyan milik aku!” suara itu berbisik perlahan ke telingaku. Membuat aku sedar bahawa dia memaksudkan bicaranya itu.

“ Erm. Tahniah Risya, tahniah Dayyan. Anis doakan yang terbaik untuk korang. Erm. Maaf eh. Anis nak ke ladies jap,” pintaku, seraya berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience