BAB 11

Romance Completed 27504

“ Awak beritahu saya, kenapa awak buat macam ni? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba awak buat perangai tak betul ni kenapa? Awak dah tak waras? Awak langsung tak tanya saya dan terus jumpa ibu dan abah saya. Awak ingat saya boleh terima ke?”

Sakit benar hati ini memandang wajah tenang di hadapanku. Wajah yang tidak akan sesiapa percaya boleh melakukan perkara sedemikian rupa kepada diri ini! Wajah yang membuat hati ibu dan abah terus terpaut sedangkan aku benar-benar sudah sakit hati melihat wajahnya di saat ini!

“ Saya tak rasa perbuatan saya tu salah. Ummi dan walid saya sendiri dah setuju dengan jalan yang saya pilih. Lagipun saya berjumpa dengan parents awak untuk tujuan baik. Ikut sunnah Nabi lagi. Apa yang tak kena lagi?” dia memandang aku sebelum kembali menghadap bukunya.

“ Ya, memang tak salah, tapi awak tak tanya saya dulu, itu yang salah! Lagipun kita tak pernah kenal, macam mana awak boleh terfikir nak pinang saya pulak? Awak ni buta ke apa? Kat mana yang awak berkenan sangat kat saya?!”

“ Cik Anis Syahadah, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ‘dikahwini perempuan itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka, utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu..’. Dan kerana itu jugalah saya memilih awak untuk menjadi yang halal untuk saya. Daripada saya terusan dijerat zina hati, memikirkan awak, lebih baik saya ambil langkah ini, kan?”

Terdiam aku tatkala mendengar bicaranya. Terasa kerdil diri ini saat kata-kata itu terzahir dari bibir lelaki tersebut. Dia memilih aku kerana agama? Layakkah aku untuk dipilih sedangkan aku sendiri masih terkapai-kapai mencari cinta hakiki. Masih belajar untuk menjadi muslimah sejati. Layakkah aku?

“ Saya tahu, awak pernah dilukai seseorang. Tapi itu tak bermakna semua lelaki sama, kan? Dan rasanya itu tugas saya untuk buang persepsi negatif awak tu. Kalau awak masih lagi tak yakin dengan saya, buatlah istikharah. Kalau lepas istikharah pun awak masih tak mampu nak terima saya, beritahu family awak untuk putuskan pertunangan kita. Saya terima,”

Dia berlalu, meninggalkan aku dan Syuhada yang sedari tadi menjadi pemerhati. Hati ini berkumpul pelbagai rasa. Fikiranku terasa kosong. Apa yang cuba Engkau aturkan, ya Allah? Kenapa setelah aku kecewa dengan cinta lalu, Kau uji diri ini dengan salam cinta dari lelaki itu sedangkan aku masih belum benar-benar bersedia? Aku mahu menjadi pencintaMu dan Rasul sebelum mencintai manusia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience