BAB 3

Romance Completed 27504

Mata kami saling bersatu. Menghantar mesej rindu. Akan adakah pertemuan lain selepas ini? Semenjak meninggalkan bangku persekolahan tiga tahun yang lepas, inilah pertemuan pertama antara kami berdua. Sebelum ini, hanya telefon dan fac yang menjadi penghubung setia.

“ Kalaupun rindukan Dayyan sangat, tak payahlah renung Dayyan sampai macam tu sekali. Menggugat iman Dayyan, tahu tak?” Dayyan gelak, membuat aku malu sendiri.

“ Jangan nak perasan sangat boleh? Anis cuma terkejut Dayyan ada sekali je. Hari tu cakap tak dapat datang, lastly, tiba-tiba terpacak kat depan mata. Mana tak terkejut orang,” ujarku, sekadar menutup rasa segan yang tiba-tiba menjengah diri.

“ Well, it’s surprise! A surprise from me to someone like you. Just for my special one,” ah! Ada nada romantis di sebalik suaranya. Terasa diri berada di awan-awangan kini.

“ Anis sihat? Nampak macam makin tembam je sekarang.. Seronok sangat Dayyan tak ada eh? Atau dah jumpa orang baru?” tidak pula aku pasti sama ada itu usikan atau memang ada nada cemburu pada suaranya.

“ Alhamdulillah, baik je.. Dayyan jangan nak buat andaian boleh? Macam dia tak tahu hati Anis.. Kan cuma ada Dayyan..” aku menggigit bibir tatkala menyedari keterlanjuran diri. Dayyan ku lihat sudah mengukir senyuman lebar.

“ Cuma ada Dayyan, ya?” galak dia mengusik. Terasa hangat sudah pipiku di saat ini. Bukan Dayyan tidak tahu, saat diterjah rasa malu, pasti pipiku memerah.

“ Jangan bimbang, sayang. Hati ni pun cuma ada Anis..” perlahan suaranya menuturkan kata, tetapi cukup untuk didengari oleh telinga ini. Ada segerombolan bahagia menjengah pintu hati di saat ini. Bahagia mendengar bicaranya. Tanda diri tidak bertepuk sebelah tangan perihal cinta yang tercipta di antara dua insan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience