dua

Romance Series 6447

HARI INI sebuah mesyuarat tergempar diadakan di Panglima Holding. Tan Sri Afzam telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) lewat petang semalam akibat serangan jantung. Keadaan CEO syarikat itu agak kritikal buat masa sekarang. Segala pelan perjalanan Tan Sri Afzam untuk ke Qatar dibatalkan. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengumumkan pengganti jawatan yang disandang oleh Tan Sri Afzam. Pagi tadi lembaga pengarah telah bersidang hampir tiga jam untuk menentukan siapa yang layak untuk jawatan tersebut.

Marissa mengambil tempat di hujung bilik mesyuarat. Suasana di dalam bilik itu agak padat kerana dipenuhi oleh hampir semua pekerja dari setiap jabatan di syarikat itu. Mungkin mereka semua juga ingin tahu siapa yang bakal menjadi majikan baru mereka.

"Eh Marissa aku dengar ada dua nama yang dicadangkan untuk jawatan ini. Dua-dua itu anak saudara Tan Sri Afzam," bisik Tania.

"Mana pula kau dapat berita macam ni. Aku tak kesah pun siapa CEO baru. Asalkan gaji aku jalan."

Tania mencebik mendengar kata-kata Marissa. Setelah hampir dua puluh minit menanti, orang kanan Tan Sri Afzam bersama wakil lembaga pengarah dan juga para pemegang saham syarikat pun masuk ke dalam bilik mesyuarat. Semua pekerja terus mendiamkan diri.

"Selamat pagi semua. Saya rasa berita tentang Tan Sri Afzam sudah diketahui oleh semua warga Panglima Holding. Mesyuarat hari ini diadakan untuk menentukan siapa yang bakal menyandang jawatan CEO," terang orang kanan Tan Sri Afzam, Encik Shahir.

"As we know, keadaan Tan Sri Afzam semakin tenat sejak pagi tadi. Beliau meminta saya untuk terus mengumumkan mengenai penggantian tempat CEO di syarikat ini," tambah Encik Shahir lagi.

Encik Shahir mengeluarkan dua buah dokumen dari briefcase miliknya. Setelah mencatat sesuatu di atas kedua-dua dokumen, Encik Shahir membisikkan sesuatu pada wakil lembaga pengarah di sebelahnya.

"Baiklah. Saya menjemput dua orang calon CEO Panglima Holding iaitu Ziyaad Uwais dan Syed Ikhwan."

Marissa agak terkejut mendengar salah satu nama yang disebut. Dia berharap sangat bahawa orang itu bukanlah seseorang yang sangat dikenali olehnya. Air liurnya yang ditelannya kini terasa sangat pahit. Tolonglah, dia berharap sangat bukan lelaki itu. Tak sanggup rasanya nak melihat wajah itu secara berhadapan setelah bertahun tidak berjumpa.

Semua mata tertumpu ke arah pintu bilik mesyuarat. Ziyaad Uwais melangkah masuk sambil membetulkan kot di tubuh. Wajahnya dihiasi dengan senyuman manis. Semua pekerja terus berdiri tanda hormat. Terbeliak mata Marissa melihat lelaki yang baru masuk itu. Rasanya itu pekerja baru yang dia jumpa di pantri tempoh hari.

Tidak lama selepas itu, Syed Ikhwan pula melangkah masuk dengan wajah yang ketat. Lelaki itu langsung tidak senyum. Wajahnya serius sahaja.

"Ya Allah, dugaan apa lagi ini." Marissa sudah tidak senang duduk apabila melihat wajah Syed Ikhwan. Ya, Syed Ikhwan yang sangat dikenalinya.

"Oh my gucci! Handsome betul bakal-bakal CEO kita. Ini yang buat aku bersemangat nak kerja. Eh, tapi wajah Syed Ikhwan sama dengan lelaki yang kau selalu tengok dalam telefon kan," bisik Tania tanpa sedar akan perubahan riak wajah rakannya itu.

Marissa menggosok telapak tangannya yang sudah mula berpeluh. Inilah tabiat buruknya jika gementar. Cepat betul berpeluh. Matanya melilau ke sekeliling bilik mesyuarat itu. Dia mencari seseorang.

"Are you looking for me?" tegur seseorang dari belakang.

Hampir-hampir sahaja Marissa menjerit akibat terkejut. Matanya dibulatkan pada Darren yang tiba-tiba sahaja muncul.

"Kau mesti tahu tentang ini. Explain this." Aurora menjeling matanya ke arah Syed Ikhwan.

Darren hanya menjongket bahu. Memang dia tak tahu tentang hal ini. Dia juga agak terkejut apabila melihat Syed Ikhwan. Tak sangka pula lelaki itu salah seorang calon CEO Panglima Holding.

"Di sebelah kiri saya ialah Syed Ikhwan manakala di sebelah kanan saya pula ialah Ziyaad Uwais. Mereka berdua adalah anak saudara Tan Sri Afzam. Di dalam wasiat Tan Sri Afzam, beliau menyatakan bahawa kedua-dua calon ini perlu mentadbir salah satu department selama tiga bulan terlebih dahulu. Setelah itu, barulah keputusan mengenai siapa yang layak bakal dibuat,""terang Encik Shahir lagi.

Tiba-tiba Darren mengangkat tangan. Ada persoalan yang bermain di fikirannya.

"Kenapa perlu tergesa-gesa untuk perlantikan ini? We still has Tan Sri Afzam right? I think, it was nonsense. Mana mungkin kita boleh ada dua leader dalam satu masa. Nanti penyampaian arahan akan bercanggah."

"That's why I said both of them will lead one of the department. For example, Syed Ikhwan will lead department of Human Resource and Ziyaad Uwais will lead department of Project Management," ujar Encik Shahir.

Darren mengangguk lalu memeluk tubuh. Sebenarnya, Darren tidak bersetuju dengan cara perlantikan CEO terbaru. Kenapa mereka tidak membuat lantikan terus saja? Cara yang digunakan sekarang sangat membuang masa. Lagipun, mana nak letak ketua jabatan yang sedia ada.

"Baiklah, setakat ini saja perjumpaan untuk hari ini. Before that, I want to see Mr Darren and Miss Marissa."

Marissa mendengus. Kenapa pula Encik Shahir nak jumpa dia? Ini mesti sebab projek yang dia dan Darren uruskan di Port Dickson. Projek itu diuruskan bersama-sama dengan Tan Sri Afzam. Mungkin akan ada perubahan memandangkan keadaan kesihatan Tan Sri Afzam tidak mengizinkan.

Setelah semua pekerja meninggalkan bilik mesyuarat, barulah Marissa dan Darren menghampiri Encik Shahir. Sebenarnya, Marissa rasa kurang selesa kerana Syed Ikhwan masih berada di dalam bilik mesyuarat.

"Syed Ikhwan, Ziyaad Uwais, ini adalah Mr Darren dan Cik Marissa. Mereka antara orang kepercayaan Tan Sri Afzam dalam syarikat ini. Mengenai projek di Port Dickson, Ziyaad yang akan gantikan tempat Tan Sri Afzam. Mereka berdua ini antara pekerja di dalam pengurusan projek."

Darren mengukir senyuman lalu berjabat tangan dengan Ziyaad Uwais. Marissa pula hanya menganggukkan sedikit kepalanya sahaja. Dia langsung tidak memandang ke arah Syed Ikhwan. Dia sedar lelaki itu sedang mencuri pandang ke arahnya.

"Saya minta diri dulu. So, goodluck Ikhwan and Ziyaad." Encik Shahir meminta diri.

"Saya rasa nak turun melawat site petang ini. Awak berdua boleh temankan saya tak? Tan Sri Afzam banyak kali juga ingatkan saya tentang projek ini. Jadi, projek ni mesti penting." Ziyaad Uwais menyimpulkan senyuman.

Darren membisikkan sesuatu pada Aurora. Berkerut dahi gadis itu memahami bait-bait kata Darren. Akhirnya terdengar keluhan dilepaskan.

"Marissa akan temankan Encik petang ini. Saya ada meeting dengan client. Maaf saya tak dapat temankan," kata Darren sebelum meminta diri.

"So how Miss Marissa?" tanya Ziyaad Uwais.

Marissa mengangguk sahaja. Sebenarnya dia tak kisah pun nak temankan Ziyaad Uwais ke tapak projek. Apa yang diinginkan sekarang adalah dia cepat-cepat boleh keluar dari situ. Syed Ikhwan benar-benar buatkan dia rasa tidak selesa.

"Saya tunggu Encik di lobby. Saya pergi ambil barang sekejap." Marissa terus melangkah pergi.

Marissa melangkah dengan pantas melewati kubikel-kubikel untuk ke biliknya. Wajahnya terasa panas sahaja apabila teringatkan Syed Ikhwan. Kenapa dia perlu bertemu lagi dengan lelaki itu? Ketika sedang melangkah dengan pantas, tanpa disedari kakinya telah tersepak wayar elektrik di atas lantai. Tubuhnya yang kecil terus jatuh tertiarap di atas lantai.

"Kenapa kau cuai sangat ni Marissa?" marahnya pada diri sendiri.

Tiba-tiba ada tangan menyentuh kaki Marissa tatkala dia sedang mengurut bahagian pergelangan kaki yang terasa sakit. Spontan Marissa terus menarik kakinya.

"I just want to help you," ujar Syed Ikhwan.

Susah payah Marissa bangun. Dia tak suka situasi ini. Kenapalah lelaki ini juga yang perlu membantunya?

"Tak perlu. Saya okay saja Encik Ikhwan."

"Awak masih sama. Ego tak bertempat. I know you Marissa." Syed Ikhwan bermain madah.

Marissa tersenyum sinis mendengar kata-kata Syed Ikhwan. Senang betul lelaki itu menghakimi diri seseorang.

"Siapa yang ego sekarang Syed Ikhwan? Awak tinggalkan saya dulu tak dinamakan ego? Lagipun Encik tak takut ke isteri marah nanti sebab cuba sentuh perempuan lain," balas Aurora.

"Benda dah lepas Marissa. Takkan itupun awak nak ingat lagi. Come on, we are matured enough."

"Matured? Tak apalah Syed Ikhwan. Tiada kepentingan untuk saya berbual dengan awak. Lagipun awak bukan sesiapa untuk saya." Aurora terus melangkah pergi. Susah payah dia melangkah dengan kakinya yang sakit.

Syed Ikhwan menggeleng kepalanya melihat Marissa. Dia tahu memang semua ini salahnya. Dia akui satu perkara, Marissa Aurora di hadapannya kini bukanlah seperti seseorang yang pernah dikenalinya dahulu. Gadis ini sangat keras hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience