(part 13)
Reza memejam matanya. Hampir lelap, Reza dikejutkan derap tapak kaki. "Mia?", soal Reza gugup. Rezamemerhati sekeliling. Mia hilang! Jantung Reza bedegup kencang.
Mia mencari Reza. Reza hilang! " Reza!", Mia menempik. Jantung Mia berlari laju. Peluh dingin membasahi. Macam mana mereka boleh terpisah sedangkan dari awal mereka bersama? Pening Mia memikirkan semua itu. Derap tapak kaki membuatkan Mia berpaling. Tiada! Makin kencang jantungnya.
'Reza' mendekati Mia. Mia mengurut dada. Lega kerana Reza tidak meninggalkannya sendiri. Mia memeluk Reza. Tapi, Mia merasakan sesuatu yg pelik pada Reza. Reza kelihatan pucat. Kalau ditoreh tidak berdarah. Matanya merah. Tajam merenung Mia. Mia berundur setapak. Tapi Reza lebih cepat. Reza menerkam Mia dan menggigit leher Mia sehingga putus. Darah memancut keluar. Reza menjilat darah segar Mia dan Reza bukan lagi Reza. Reza kini adalah seekor hantu raya!
Reza mencari cari Mia. "Duh tadi Dina. Sekarang Mia. Mana dia ni? Miaaaaaaa ohh Miaa!", panggil Reza. Dan 'Mia' muncul. Reza tarik nafas lega. " Akhirnya. Kau pergi mana Mia? Jenuh aku cari kau", bebel Reza. Mia diam. Tidak bersuara. Dapat dilihat mukanya pucat. Tapi Reza buat tak endah. Dia terus berjalan dan Mia mengekori. Perlahan. Reza dan Mia berpusing mencari jalan keluar.
Sebaliknya, mereka semakin jauh ke dalam hutan. Reza tiba tiba teringat akan smartphonenya yg dibawa bersama. Dia mencari smartphonenya di dalam poket seluar tapi tiada. "Phone aku hilang lah Mia. Alaah", bebel Reza. Tapi Mia hanya membisu. Diteruskan berjalan. Reza berjalan mara ke hadapan dan bukk. Reza tersepak batu. Kakinya berdarah. 'Mia' mendekati Reza dan menjilat kaki Reza yg dipenuhi darah. Reza terkejut. Ditolaknya Mia. Tapi Mia lebih dahulu menerkam Reza. Kakinya dipatahkan dan Reza menjerit sakit. Mia menggunakan kukunya yg tajam dan mencungkil biji mata Reza. Mia mematahkan leher dan sekelip mata nyawa Reza melayang.
Share this novel