(part 14)
Dina memejam mata rapat. 'Tuhan, dugaan apa ini?', soal Dina dalam hati. Dina akui. Mungkin satu kesilapan mengikut kepala angin Reza. Kalau dia mampu menegah mereka, semua itu tidak akan terjadi. Pak Noh dan Wak Siren merenung Dina dengan darah yg bersisa di bibir. Luq hanya tinggal rangka. Dagingnya habis diratah setan berdua tu. Dina merangka ingin lari dari setan setan itu.
Dina bangun perlahan dan senyap senyap meninggalkan Pak Noh dan Wak Siren yg lahap meratah tulang temulang Luq. Dina berlari kencang. Dengan harapan dapat menemui Reza, Mia, dan Uwais. Dan tanpa disangka, Dina tersepak sesuatu. Diperhati kejap. Dina tersentak. Apa yg disepaknya itu adalah, Reza! Atau lebih tepat, mayat Reza. Dina melutut, menangis dan meratapi Reza. Tidak jauh dari situ terdapat mayat Mia, dan Uwais. Semakin deras tangisan Dina. Makin rancak air matanya mengalir. Takut, ngeri. Semua perkara bermain di minda Dina. Tanpa disangka, Wak Siren dan Pak Noh tercongok di sebelah mayat Reza.
"Pergi! Kenapa kau kacau aku setan?! Kau nak apa?! Kau yg bunuh kawan kawan aku kan?!!", bentak Dina keras. Wak Siren merapati Dina. Lagaknya tidak lagi menyeramkan. Pak Noh pula menunduk diam.
" Siapa kamu Dina? Apa kaitanmu dengan Nyak Iteng?", Dina sentak. Nyak Iteng adalah moyangnya yg pernah hidup pada 300 tahun dulu. Satu masa yg agak lama.
"Wak kenal sama Nyak Iteng?", soal Dina kembali.
" Ya! Dan kerana aku menyangka kamu adalah Nyak Iteng, aku mengekorimu sejak awal kau tiba di Kampung Kiung.", lembut Wak Siren menjawab. Pak Noh juga menangguk. "Dan aku fikir engkau akan merungkaikan segalanya di pulau ini.", jawab Pak Noh pula.
Dina kaget. Misteri? Bagai memahami hati Dina, Wak Siren menjawab.
" Nyak Iteng adalah pemilik pulau ini. Lebih tepat, Nyak Itenglah ketua dalam segala urusan. Tapi, Nyak Iteng telah melakukan kesalahan. Kesalahan yg tak mungkin dapat dimaafkan. Dia telah mengamalkan ilmu hitam. Dan ilmu yg dipakai itu menuntut manusia menjadi tidak berakal sehingga sanggup mengorbankan sesama sendiri.", serta merta Dina teringat kata kata Mia. 'Upacara pelik?'. Dahi Dina berkerut. Dan perut memulas. Lapar. Ya! Sudah hampir dua hari sejak tiba di pulau itu Dina tidak menjamah makanan pun. Namun ditahan rasa laparnya.
"Jadi apa tujuan Wak dan Pak Noh ekori saya?".
Share this novel