Part 7

Thriller Completed 16045

(part 7)

Dina mencari Mia. Tapi tiada di sebelahnya. Panik. Kaki diatur keluar dari bilik. Mia tidur di ruang tamu rumah. Dina menepuk Mia beberapa kali tapi dia ditepuk jelmaan tidak berkepala. Dina tergamam. Arghhh! NyaringDina menjerit mengejutkan Reza, Luq dan Uwais. Berlari anak mereka menuju keluar bilik. Reza terkedu. Luqdan Uwais panik. Serentak mereka mendekati Dina.

"Kenapa Dina? Kenapa kau kat sini? Kenapa Mia tidur kat sini? Kenapa kau menjerit?", soal Uwais bertalu. Dina menggigil. Tak mampu menjawab. Seketika, Mia tersedar dan bingkas memeluk Dina. Mia menangis.Mereka menenangkan Mia.

" Aku takut! Tadi aku nampak orang kampung lakukan satu upacara pelik. Lepastu aku tengok ada pontianak!", sambil menangis Mia cerita.

Uwais dan Luq ketawa besar.

"Weh Mia. Mana mungkin benda tu wujud lah. Kalau ada dah lama diorang ikut kita agaknya. Alaa lagipunkalau setakat pontianak, aku tak heran lah. Pocong? Lagi lah. Haha", riak Luq. Uwais angguk setuju.

" Kau jangan cakap besar boleh tak? Tempat orang ni weh. Bukan tempat kita.", gertak Reza. Dina dan Miasaling berpandangan. Kenapa Reza? Uwais dan Luq terdiam. "Sudahlah. Aku dengan Mia nak keluar dari sini.Kami nak balik.", bentak Dina.

" Aku ikut", Reza keluar bicara. Mereka angguk. Bangun dan bergegas mengemas barang.

Siap! Dina dan Mia menunggu Reza di ruang tamu. Di dalam bilik, Luq dan Uwais bermalasan.

"Kau berdua taknak balik?", tanya Reza. Disambut dengan gelengan. Reza mendengus. Reza keluarmendapatkan Mia dan Dina. " Kau je? Mana budak berdua tu?" "Hm dia orang taknak balik. Lantaklah.", pintudibuka. Jam tangan dijeling. 4.30pagi. Cuaca diluar gelap. Namun digagahkan juga kaki utk meninggalkankampung asing itu. Baru saja kaki mencecah tanah, mereka terhidu bau wangi. Semerbak.

Dan kemudianbauan wangi itu menjadi busuk seperti bangkai. Lebih lagi. Mereka tahan loya. Perlahan kaki diatur menujuwishing well. Dari atas mereka dapat lihat, bukan telaga kosong. Tapi telaga yg dipenuhi tengkorang. Sertabau darah segar masih ada. Mia mendongak. Kepala wanita yg dia lihat elok tergantung, mata terbeliak danmemandangnya tajam. Ingin lari, tapi seolah ada tangan yg memegang kakinya. Dina dan Reza menjerit.Serentak mereka menarik Mia yg kaku. Kepala itu menjelirkan lidah panjangnya mencecah tanah. Tigasekawan berlari sekuat hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience