Part 6

Thriller Completed 16045

(part 6)

Mia terjaga tengah malam kerana bunyi bising. Dikerling Dina sebelahnya. 'Tidur mati!'. Kaki dihalakan keluarbilik. Oleh kerana bilik mereka tiada tingkap, Mia menghala ke ruang tamu rumah. Bunyi bising menganggu. Mia mengintai dari celah celah pintu buluh. Apa yg dilihatnya, orang kampung berkumpul mengelilingiwishing well. Terkejut! Mia melihat seorang wanita digantung kaki dan kepala berjuntai kebawah. Mulutnya ditutup kain. Di hadapannya Wak Siren memegang sebilah parang. Wak Siren mengangkat tinggi parang tersebut dan menetak leher wanita itu sehingga putus. Darah memancut. Mia menggigil. Orang kampung saling menadah darah yg memancut. Serta memotong bahagian perut, lengan, peha dan kaki.

Perut dirobek.Usus ditarik. Berdarah. Dan dimakan segar warga kampung. Mia berundur dan bunyi lantai dipijakmengejutkan penduduk yg sedang 'menjamu selera'. Termasuk Wak Siren. Semua memandang ke arah rumahMia. Dan tanpa disangka, bunyi cakaran dari atap rumah mengejutkan Mia. Seram. Menggigil.

Untung, warga kampung tidak menyedari Mia mengintip mereka. Bunyi cakaran semakin kuat. Srekkkkk srekkk srekk. Ketap gigi. Telinga ditutup. Tak sanggup lagi Mia berlama di situ. Pusing saja ke belakang, Mia melihat satulembaga berambut panjang, berbaju putih, lidah terjelir, muka berulat dan soket mata tercabut membuatkanMia rebah. Pontianak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience