(part 10)
Uwais dan Luq termengah. Mereka berehat pada sebatang pokok yg agak tersorok dari pandangan. Lelahdilepas. Uwais mahu meneruskan larian. Tapi lebih mengejutkan, Luq bukan Luq! Luq kini berubah menjadi,hantu raya! Matanya merah memandang Uwais. Dengusan nafas kasar. Uwais kaget. Langkah seribu diatur.Menjerit! Itu yg mampu Uwais lakukan. Tidak lama, Uwais melihat Luq.
Dipeluknya Luq. Tapi, lebihmengejutkan, Luq berbulu! Arghhh! Uwais menempik. Hantu galah itu memandang Uwais. Matanya merah,badannya berbulu kasar, tinggi dan melebihi pokok di sekeliling. Uwais lari lagi. Nafas tidak teratur. DanUwais melihat Reza dan Mia lari ke arah bertentangan dengannya.
Mahu memanggil, tapi Reza dan Mia lajuberlari. Anehnya, mereka seolah tidak melihat Uwais yg melambai dan menjerit memanggil mereka. Pocongyg tadinya mengejar Reza dan Mia memandang ngeri Uwais. Dengan wajah yg hodoh, pocong itu menuju kearahnya. Menjerit lagi! Uwais lekas berlari.
Setelah agak jauh dari pocong itu, Uwais berhenti. Lelah. Penat.Uwais terbaring di tanah yg penuh dengan lumpur. Tapi hanya satu yg dirasakan Uwais. Empuk! Hampirterlena, tapi air yg menitis ke muka Uwais mengejutkannya.
Pontianak yg bertenggek di atas pokokmenyeringai pada Uwais. Air liurnya menitis di muka Uwais. Uwais ingin bangun tapi kakinya dipengang olehtangan. Tangan? Uwais terkedu.
Share this novel