(part 4)
Sampan yg dinaiki bergolak mengikut alunan air. Aneh. Ada jeti , namun tiada feri. Hanya sampan. Tiadaorang, hanya mereka berlima, dan Pak Noh. Sepanjang perjalan, mereka hanya diam membisu. Bunyi unggasdari dalam hutan dan cengkerik berhampiran sungai menambahkan suasana suram. Aneh. Sangat aneh.Mereka ingin ke pulau, tapi hanya mengikut arah sungai. Bukan laut. Tidak lama. Masa yg diambil hanya 20minit untuk ke Pulau Malukut.
"Aku nak pesan. Dekat pulau tu nanti, kamu jangan cakap besar, jaga adab, jangan cakap lepas. Kalau tak,kamu tahulah nasib kamu nanti." Ugut Pak Noh. Matanya tidak lepas memandang Dina. Tetapi mereka semuahanya diam tidak bersuara. Berdebar mungkin. Risau. Sampan yg dinaiki sehingga ke tebing pulau. Sebelumberlalu, Pak Noh berkata, "Ingat pesan aku. Jangan kamu pandai pandai buat macam pulau ni kamu punya,faham?", angguk mereka berlima. Sejurus Pak Noh berlalu, Mia membuka mulut.
" Wehh korang perasan tak? Pak Noh tu asyik pandang Dina. Macam ada yg tak kena", Reza , Luq dan Uwaisangguk mengiyakan. Dina hampir menangis. Takut. Baru sahaja ingin membuka mulut, terdengar suara orangmenyanyi. Nyaring. Mereka terpingga. Dina menyeka air mata yg bertakung.
"Bukan ke pulau ni takde penghuni?", soal Luq. " Yup. Entahlah. Agaknya ada orang datang buatperfomance kat sini kut. Jomlah kita tengok." kata Reza. Mereka berlima berjalan menyusuri tebing pulau,menuju ke satu lorong kecil, yg dipenuhi semak samun dan akhirnya membawa mereka semua ke satuperkampungan. Dina dan Mia melihat papan tanda. Tertera perkataan Kampung Kiung. Papan tanda yg agakusang itu hanya nampak samar tulisannya. Perlahan, mereka berjalan menghampiri Reza, Luq dan Uwais ygsemakin mara ke hadapan. Bulu roma tegak berdiri. Serentak, bunyi unggas bersahutan. Bunyi burung hantubergiliran. Kaki tetap digagahi. Dan hampir sepuluh minit meninggalkan tebing pulau, mereka tiba di sebuahkampung. Hampir tidak percaya, tapi apa yang dilihat mereka? Terdapat sebuah kampung yg penduduknyarata rata berpakaian seperti orang dahulu kala. Berkemban. Tapi ada satu yg menarik. Di kampung tersebutterdapat sebuah telaga yg berada di tengah tengah halaman rumah kampung tersebut. Telaga ygmenunaikan hajat. Itu yg mampu mereka simpulkan. Hati sedikit lega. Sekurangnya ada yg lain bersama.Namun mereka tidak tahu, apa yg bakal mereka temukan.
Share this novel