(part 16)
Dina tercengang mendengar kata kata Wak Siren. Pak Noh sudah lesap. Yg tinggal hanya dia dan Wak Siren.
"Jadi kenapa kawan kawan saya dibunuh?", jerit Dina.
" Kerana mereka menyangka kamu adalah Nyak Iteng. Mereka ingin balas dendam."
"Mereka?", soal Dina lagi. Wak Siren menunjuk ke belakang Dina. Dina berpaling. Kaget. Apa yg dilihatnya, pontianak, pocong, penanggal, hantu galah, hantu jerangkung dan segala jenis hantu dibelakangnya. Seolah ingin menerkamnya. Dan lebih mengejutkan, hantu menyerupai Mia, Reza, Uwais dan Luq turut ada bersama. Dina memejam mata berharap semua itu mimpi. Tapi sia sia. Mata dibuka dan mereka masih ada.
" Apa yg patut saya lakukan wak?" "Kamu harus sempurnakan mayat kami. Setelah 3ratus tahun, tidak ada yg berani kesini kecuali kalian. Aku akan membantumu keluar dari sini.", kata Wak Siren lagi.
" Tapi kenapa mereka tak bunuh saya wak?"
"Kerana kau penyelamat kami, Dina. Kau bukan Nyak Iteng. Walaupun kawan kawan kau dibunuh, atas sebab muka kau seperti Nyak Iteng, kau tidak salah dalam hal ini. Kawan kawanmu bercakap besar. Riak dan angkuh dan niat kawan2 kau sebenar untuk datang ke sini untuk mencari harta yang berabad lama tersimpan disini Kerana itu mereka membunuh kawan kawanmu.", tegas Wak Siren.
Dina mengalirkan air mata. Sungguh. Walaupun baru dua hari di pulau itu, segalanya telah dia hadapi.
Share this novel