(part 5)
Seorang tua menghampiri. Memperkenalkan diri sebagai Wak Siren. Katanya, Ketua Kampung Kiung. WakSiren memandang satu persatu. Dan pandangannya tumpah pada Dina. Tajam matanya melihat Dina ygberambut tocang. Dina gugup. Reza, Luq, Uwais dan Mia saling berpandangan. 'Ada apa lagi dengan Dina?',getus hati Uwais. Masing masing diam tidak terkutik.
"Nyapo rene?", dalam pelat jawa, Wak Siren bertanya. Garu kepala. Tercengang mendengar kata kata WakSiren. Tak faham. Tapi...
" Kami datang nak bercuti. Jadi kalau Wak izinkan, kami nak tumpang di kampung ni", jawab Dina. Dan yglain hanya melihat aneh. Dina faham bahasa jawa? Wak Siren angguk. Lalu meminta mereka mengekorinya kesebuah rumah yg terletak betul betul berhadapan dengan wishing well tersebut. Hanya dua tiga langkahmendekati. Pintu rumah dibuka. Ya! Pintu rumah yg tidak berkunci dan dikunci. Hanya ditutup dengan pintubuluh, yg diikat pada tiang kayu dan dililit talinya pada dahan pokok besar. Agak seram kerana pokok besaritu seolah olah figura seorang manusia gergasi. Yg lagaknya nak terkam manusia. Dalam rumah pula terdapatdua buah bilik yg pintunya diperbuat dari kain nipis. Mereka meneroka bilik tersebut.
"Okay bolehlah. Mia dengan Dina bilik depan, aku, Luq dengan Wais bilik belakang ni.", Reza membuatkeputusan. Semua setuju. " Ohh ya. Terima kasih wak.", ujar Reza. Yg lain hanya mengangguk. Wak Sirendiam. Dan matanya masih lagi tajam merenung Dina. Dia berlalu tanpa sepatah kata. Dan.. Segalanyabermula.
Share this novel