(part 11)
Reza dan Mia melepas lelah. Cuaca gelap beransur cerah. Penat. Mereka bercadang mahu berehat dahulusebelum mencari Dina. Dan meneruskan larian.
Dina menangis teresak. Kini di hadapannya, Luq terbaring kaku. Dengan isi perut terburai, leher putus sertakaki dan tangannya bagaikan disiat dan dipanggang api! 'Luq dah mati!', sapa hatinya. Dina menerkuptelinga. Taknak dengar. Dina menjerit sekuat hati. Digoncang tubuh Luq dengan harapan Luq akan kembalimembuka mata tapi semua hampa. Luq sudah hilang nyawa. Dina dapat melihat Wak Siren dan Pak Nohmelahap daging peha Luq. Ya! Wak Siren dan Pak Noh yg ada bersamanya sejak Reza dan Miameninggalkannya. Mereka yg membunuh Luq sewaktu Luq menghampiri Dina.
"Dinaaa!", Mia menjerit memanggil Dina. Dina nampak Reza dan Mia mencarinya. Tapi Dina tak dapatmenyahut. Kehadiran Wak Siren dan Pak Noh menyukarkan Dina dilihat oleh mereka. Cuma satu yg dirasakanoleh Dina. Wak Siren dan Pak Noh bukan manusia. Ya! Firasatnya sejak pertama kali bertemu Pak Noh danWak Siren adalah sama. Mungkin kerana itu keduanya sering merenung Dina tajam. Dapat dibaca isi hati Dinaagaknya.
" Dinaaaa!", Mia bertempik lagi. Penuh berharap agar dapat menemukan Dina. Matahari kian bangkit. Mia danReza berjalan anak menuju lorong sempit yg sedikit suram walaupun hari sudah siang. Dengan bantuancahaya matahari yg sedikit memancar, mereka menyusuri tanpa arah. Hanya satu perkara terlintas di hati.Sesat! Ya! Mia dan Reza yakin mereka sudah tersesat kerana asyik berpusing di laluan yg sama. Tidakmenemukan jalan keluar. Sedangkan jalan dari tebing pulau menuju ke Kampung Kiung hanya 50meter.
Share this novel