BAB 1

Romance Completed 35196

Deringan jam loceng telefon bimbitku merintih minta diberhentikan. Berbeza dengan hari-hari sebelumnya, kali ini ia berbunyi awal setengah jam.

Terasa kemalasan menyelubungi diri. Kini aku berada di suatu kawasan yang peredaran waktu solatnya awal setengah jam berbanding semenanjung atau lebih tepat aku kenalkan tempat ni Sabah.

Aku telah menyertai satu program pertukaran pelajar antara universitiku dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Jika dua minggu yang lepas mereka ke kampus kami dan mingu ini giliran kami pula merasai suasana kampus mereka.

Aku lantas bangun pabila memandang jam di telefon bimbitku menunjukkan pukul 6.15pagi. "ahh subuh kat sini habis pukul 6.30,aku kena cepat ni",bisik hatiku.

Lantas aku pergi mengambil wudu' dan menunaikan solat subuh.

Selesai aku tunaikan solat subuh,aku terpegun melihat keindahan suasana pagi di sini. Terasa sejuk mata memandang kehijauan yang masih kekal di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience