Di dalam kereta keadaan senyap sunyi. Tiada sesiapa ingin memulakan perbualan. Dari luar aku kelihatan tenang memandu sebenarnya di dalam hatiku terdapat banyak persoalan tidak terjawab.
Sesampainya di rumah, aku terus menju ke bilikku. Pada umi dan abah aku khabarkan aku penat dan ingin berehat. Tanpa sempat mereka bertanya dengan lebih lanjut aku terus menuju ke arah bilikku dan mengunci pintu bilikku. Aku betul-betul ingin sendirian.
Lantas aku mengeluarkan buku tersebut. Lantas aku menyelak helaian buku tersebut. Tersenyum ku seorang melihat tulisanku dahulu, melihat apa yang ditulis.
Aku betul-betul rasa kebudakkan pada waktu itu. Jika sesuatu kuliah itu boring aku akan terang-terangan menulis di buku tersebut
BORINGNYA...
dan aku akan mula lah menulis luahan hatiku mahupun kata-kata hikmah yang aku ingat. Kadang-kadang boleh pula aku menulis lirik lagu yang tiba-tiba bertandang di fikiran pada waktu itu.
Keseluruhannya buku itu tak banyak tulis isi kuliah pun lebih banyak yang merepek.
Senyuman ku mati pabila memikirkan buku ini dipegang selama 6 tahun oleh insan bernama arul. Maksudnya tulisanku dibacanya. Ahh terasa malu pabila memikirkannya.
Lantas surat daripada arul ku buka..
Assalamualaikum..
Sylvia
First sekali arul nak minta maaf berbanyak..menyimpan buku ini wat sekelian lama dan membacanya tanpa izin tuannya..
Daripada buku ini dpat arul kenali siapa sebenarnya insan bernama Sylvia..memang sepadan dengan maksud namanya..'sebaik-baik perempuan'..
Dan tanpa sedar daripada luahan hati Sylvia itu telah merubah arul menjadi seseorang dengan harapan satu hari arul yang menjadi 'pemimpin' yang Sylvia ' idamkan. Sylvia faham kan maksud arul.
Dan untuk menjadi 'pemimpin' yang Sylvia idamkan arul sebaik mungkin menjauhkan jarak antara kita. Bukan arul tak sudi nak membalas ym Sylvia suatu masa dahulu tapi biar jarak dijauhkan supaya kita dapat mentarbiahkan diri masing2 dan berjumpa pada waktu yang sesuai. 6 tahun arul menunggu dari jauh dan berharap inilah masanya.
InsyALLAH kalau ada jodoh di antara kita takkan ke mana.
Wasalam.
-arul-
Tersentak aku membaca kata-kata yang tertulis di surat itu. Di dalam sampul surat itu juga terkepil satu helaian daripada bukuku. Luahanku yang tanpa sangka merubah seseorang.
Sylvia,
Suka pada seseorang itu tak salah..
Tapi yang salahnya masa tak sesuai..
"Ya ALLAH jika benar dia untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Tabahkan lah hatiku dengan ketentuanmu"
–permata hati dehearthy-
Arul+ Sylvia =????
Sylvia!!!
Jadilah yang solehah bukan mencari yang soleh!!!
Sylvia Sebaik-baik perempuan..
Biarlah kau mengoncang dunia jangan kau mengoncang iman lelaki..
Aku mencari pemimpin yang dapat memimpin aku yang lemah ini..
Aku mencari pemimpin yang sama-sama berjalan denganku di jalanNYA..
Yang dicari,
Walau bukan putera raja,biarlah putera agama,
Yang diimpi,
Biarlah tak punya rupa,asal sedap mata memandang.
Yang dinilai,
Bukan sempurna sifat jasmani,
Asalkan sihat rohani, sempurna hati
Yang diharap
Bukan jihad pada semangat
Asal perjuangan ada matlamat
Yang datang
Tak perlu rijal yang gemilang
Kerana ana serikandi dengan silam yang kelam
Yang dinanti
Bukan lamaran dengan permata
Cukuplah akad dan janji setia
Dan yang akan terjadi
andai tak sama kehendak hati
ana redha ketentuan ilahi
itulah ketentuan sejak azali.
Aku pegang surat Arul kejap. Termenungku keseorangan. Jauh aku termenung memikirkan insan yang tak patut ku pikirkan buat masa ini. Aku usap perlahan cincin yang terletak elok di jari manisku.
Cuba mengingatkan diri sendiri bahawa diri ini tunangan orang dan tidak patut bagi diriku mengingati insan lain selain daripda bakal suamiku. Aku percaya pada takdirNYA. Mungkin sudah tertulis tiada jodoh antara aku dan Arul.
Lantas aku menyiapkan diriku untuk mengadapNYA bagi mengubati hatiku yang gundah tatkala ini.
Share this novel