BAB 4

Romance Completed 35196

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Akhirnya program ini sampai ke penghujungnya. Seminggu bertapak di sana kurasakan seperti setahun mengalami suasana di sana.

Laptop di hadapanku terlayar gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang berada di sana.

Jelas di gambar terpancar kemesraan antara kami pelajar-pelajar yang menyertai program dengan pelajar-pelajar disana. Hilang jurang universiti antara kami.

Gambar aku dengan afira pada hari terakhir di lapangan terbang mengusik emosiku sebentar melihat wajah sedih sahabatku yang seorang ini. Jelas kelihatan mataku dan matanya merah saat itu. kami sama-sama berendam air mata. Sedih untuk berpisah memikirkan entah bila lagi kami akan bertemu. Persahabatan aku dengan afira takkan aku lupakan. Biarpun baru seminggu kami bersama sebagai housemate tapi terasa persahabatan yang mendalam antara kami.

Lantas gambar selepas itu muncul. Satu-satunya gambar aku dengan si 'dia' bersama-sama dengan yang lain. Kebetulan pada hari itu warna baju kami serupa, aku memakai baju kurung kosong berwarna kuning dan kebetulan Arul memakai baju melayu berwarna kuning memandangkan hari itu hari jumaat, lalu seronok benar aku dan arul dijadikan bahan usikan Afira.

"macam pasangan pengantin diraja pulak aku tengok korang", usik afira pada hari itu. lantas dia ingin mengambil gambar kami berdua. Aku pantas mengeleng sambil membuat mimik muka marah pada afira namun afira buat muka tak peduli. Lantas dengan selamba dia memanggil "arul, jom la ambil gambar dengan Sylvia ni. Last ni esok dia nak balik dah."

Dia hanya tersenyum dan menjawab "boleh je. Ko ajak la budak-budak lain".

"ok set.", balas afira. Terkejut aku dengan respon arul.biar betul "mamat buku" ni. Dia tak sedar ka afira duk seronok buat eksperimen nih.

Lantas afira berjaya mengumpul beberapa orang untuk mengambil gambar. Aku masih kekal duduk di kerusi. Aku betul-betul rasa geram dengan sikap selamba afira. "afira ni..nanti arul tu perasan lebih pulak",bisik hatiku.

" Sylvia..cepatlah semua dah ada ni",panggil afira beria-ria.

Aku hanya mengeleng kepala tanpa melihat ke arah afira. Geram betul aku pada dia hari itu.

"ala arul..ko panggil jap isteri ko",balas afira lagi selamba.

Lantas aku terus memandang ke arahnya. Aku memasamkan mukaku jelas menunjukkan kegeramanku padanya.

"ala Sylvia jangan layan la afira tu. Jom ambil gambar."akhirnya arul bersuara atau lebih tepat ku katakan dia bercakap ke arahku. Lantas aku seperti terpaku dan akhirnya bergerak ke arah afira dan berdiri di sebelah afira untuk sekali mengambil gambar. Selesai gambar diambil terus aku mencubit perlahan tangan afira menunjukkan kemarahanku. Afira lantas gelak dengan selamba.

Tak cukup dengan itu,

Petang itu aku menyertai praktikal patologi yang berjalan di makmal. Seperti biasa aku dan afira sampai lewat di makmal petang itu. Namun nasib kami setiasa baik apabila doctor yang berkenaan masih belum tiba. lantas aku duduk di barisan ketiga dari hadapan yang telah dicup oleh kawan-kawan dari kampusku. Afira duduk di barisan belakangku.

" Sylvia . Sylvia ", panggil afira tiba-tiba.

Lantas aku menoleh mukaku ke belakang. Kelihatan afira duduk satu barisan dengan Arul. arul tunduk membaca buku. Sesuai betul caranya dengan gelaran ‘mamat buku' yang kuberikan padanya.

Afira melambaikan tangannya memanggilku pergi ke tempatnya. Aku mengeleng kepala perlahan. Aku seperti dapat menangkap helah afira yang beria-ria mahu menyatukan aku dengan arul.

Afira kemudian bercakap sesuatu dengan Arul. Arul hanya tersenyum lalu mengangkat mukanya lantas memandang ke arahku. Aku terkejut. Musykil aku memikirkan apa yang telah dibicarakan oleh afira kepada arul.

Lantas aku memandang ke hadapan cuba menghalang rasa debar yang datang tiba-tiba.

"Sylvia' " perlahan namaku dipanggil sekali lagi. Namun kali ini berbeza suaranya. Lantas aku memandang ke tepi.

jelas arul yang memanggil namaku tadi. Arul berdiri di sebelahku tersenyum. Lantas satu kertas dihulurkan padaku. Aku mengambilnya dan tanpa suara pertemuan itu berakhir.

Kertas itu jelas tertulis

"ni email saya –arul- "

Laptop di hadapan aku pndang tanpa perasaan. Aku bukak yahoo mesengger. Kelihatan si dia online namun aku meng'invisible' kan diri.

Semalam aku cuba menegurnya di ym namun tiada respon kemudian dengan tiba-tiba nicknamenya hilang dari ymku. Aku terasa hati dengannya. Dapat ku rasakan bayangnya semakin menjauh.

Apa yang afira bayangkan dan apa yang aku inginkan memang sangat jauh dari kenyaatan.

Aku dan dia takkan bersama. Saat aku menaiki kapal terbang pulang ke semenanjung aku tahu itulah penanda aras yang rasa ini patut dihentikan.

Perasaan ini ku cuba ku buang jauh kerana di sudut hatiku aku tahu dia dan aku jauh bezanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience