Memandangkan ini adalah program pertukaran pelajar maka aku akan menyertai segala proses pembelajaran di sini.
Sepanjang di sini, aku akan serumah dengan pelajar di universiti ini yang bernama afira. Orangnya kecil molek berkulit hitam manis. Kelebihannya adalah dia sentiasa tersenyum.
Pagi itu, aku dan Afira berjalan cepat ke dewan kuliah yang berada di tingkat 4 memandangkan lagi 5 minit pukul 8 pagi di mana kuliah pagi itu akan bermula.
"aku terasa macam lawan jalan cepat untuk olimpik pulak", kata afira sempat lagi melawak dalam perjalanan.
Kata-katanya yang selamba membuatku tergelak kecil lalu aku membalas "yo la tu. Segan aku dah la hari first menapak ke dewan kuliah dah buat perangai lewat".
"relax la aku kan ada. Lagipun ko kan dah officially budak kampus aku sekarang ni", balas afira lagi sambil mengenyit matanya sebelah.
Akhirnya kami sampai di depan dewan kuliah. Lantas aku memberi signal kepada Afira untuk masuk dahulu memandangkan dia adalah 'tuan rumah' dan aku adalah 'tetamu'.
Lantas,dengan perlahan dia menolak pintu dewan kuliah.
"ahh lecturer tak masuk lagi",jelas kedengaran kelegaan dari kata-kata Afira.
Kami lantas masuk ke dalam dewan kuliah dengan bangganya memandangkan lecturer lagi lewat daripada kami.hihihi.
Memandangkan kami masuk ke dalam dewan kuliah terlalu 'awal' maka tempat duduk di dalam dewan kuliah telah dipenuhi pelajar-pelajar lain.
"tu ada tempat",kata afira lalu menarik tanganku mengikut gerak langkahnya.
Lalu aku mengikut afira ke kerusi yang berada di barisan kedua terakhir dari belakang memandangkan tempat duduk di hadapan dipenuhi pelajar lain.
Lantas aku duduk. Afira duduk di sebelah kananku dan masih ada kerusi kosong di sebelah kiriku memisahkanku dengan seoang pelajar lelaki. Pelajar lelaki tu memakai baju kemeja biru tua berseluar slack hitam.
Lengan baju kemejanya dilipat sampai ke siku. Kelihatan dia tekun membaca buku robins basic pathology.
"emm afira",kataku sambil mengalihkan pandangan ke arah afira di sebelah kananku.
"eh dah hilang!!". aku meliarkan pandanganku mencari afira. "baru nak tanya nama mamat sebelah ni",bisik hatiku nakal.
"awak cari sapa", tegur mamat tu tiba-tiba namun matanya masih tidak meninggalkan bukunya.
"eh mamat ni tegur aku ka? ", bisik hatiku terkejut.
"aa awak cakap dengan saya ka?", tanyaku padanya inginkan kepastian.
Lantas dia memandangku
"ye la. Takkan saya nak cakap ngan buku pulak'' balasnya sinis sekali.
"eh budak ni. Cakap dengan aku tapi pandang buku pastu boleh pulak sindir aku", kataku hanya dalam hati. Malas aku nak bergaduh dengan orang pada hari pertama aku menapak di tempat orang..
"emm saya cari afira. Tiba-tiba dia hilang".
"oii sempat lagi ye korang berkenal-kenalan ye waktu aku takda", kata afira yang tiba-tiba muncul. Eh budak ni macam chipsmore pulak dia.
"ish ko ni merepek panye. Aku cari ko tetiba je hilang." Jawabku sambil mataku melihat reaksi mamat di sebelahku ini. Dia hanya tersenyum lantas matanya kembali pada bukunya namun senyumannya masih kekal. Dia sungguh tenang. Ketenangan dan senyumannya seperti telah meragut ketenanganku pada pagi itu.
Share this novel