"aii termenung sorang-sorang ni kenapa?"tegur Afira menepuk perlahan belakangku mengejutkanku dari peristiwa pagi tadi.
"mana ada termenung. Aku tengah berehat-rehat ni. Petang ni kan ada aktiviti lak.",balasku cuba menyangkal kata-kata Afira.
"yo la tu..ko dah sangkut dengan mamat kampus aku ka???entah-entah duk termenung teringatkan Arul", usik Afira. Sempat lagi mengenyitkan matanya sebelah padaku.
"Arul mana pulak nih??aku baru menapak 2 hari kat kampus ko ni mana la sempat aku nak berkenalan ngan sapa-sapa.",
"ala ko ni..arul la mamat yang sembang ngan ko pagi tadi. Ala yang pakai baju kemeja biru tuh", terang Afira pabila kebluran aku terserlah.
Kepalaku digarukan. "eh mamat tu nama arul rupanya",bisik hatiku agak gembira pabila memikirkan aku tak perlu lagi bersusah payah menerumah cik Afira yang agak kepoh sorang ni.
"eh takkan tak ingat lagi",kata Afira pabila aku masih terdiam seperti memikirkan sesuatu.
"aa ingat dah..yang mamat buku yang duk sebelah aku pagi tadi tu nama arul rupanya",balasku mengangguk-anggukkan kepalaku cuba berlakon sebaik mungkin menunjukkan aku tidak berminat lansung dengan insan bernama Arul tu.
Afira menilik muka aku dengan rasa tak percaya dan aku cuba sebaik mungkin menunjukkan mimik muka selamba.
Tak tahan ditilik begitu aku pun bersuara "apa kena ko ni tengok aku semacam je??aku ada wat salah ke??? "
"takdalah. Ko tau tak dah dua tahun aku satu kuliah dengan Arul ni setahu aku la dia sangat-sangatlah jarang menegur orang yang dia tak kenal tau. A bit like alim type yang takkan tegur gurl lain tanpa sebab tau",terang afira bersemangat dengan mimik mukanya yang berubah-ubah lantas membuat aku tergelak kecil. Gelak aku membuat afira memandangku tak puas hati.
Aku berdehem kecil sebelum aku mengeluarkan soalan "so? ".
"so there must be something between you and him sampaikan dia tegur ko ramah semacam je pagi tadi",kata-kata afira lantas membuat aku tergelak besar.
"bagusnya analisa ko. Ko leh jadi pengarah cerita ni",balasku sambil tegelak. "ye la tu aku ada pa2 ngan mamat tu. Dia tengok aku pun macam nak tak nak ja. Pasal ramah tu i think he just talk to me as 'tuan rumah' to 'tetamu'. That's all ",balasku lagi cuba menyangkal analisa pengarah seorang nih.
"but",
"dah jangan duk merepek. Petang ni kan kita ada riadah. Bersiap cepat. G tukar baju. Aku pun nak bersiap pkai tudung nih",cepat-cepat aku menangkas kata-kata afira sebelum ia menjadi semakin merepek. Perlahan aku tolak afira keluar dari bilikku. Afira memasamkan muka tanda tak setuju dengan sikapku. Lantas aku menutup pintu bilikku. Tidak sampai 1 minit pintu bilikku kembali dibuka Afira.
"pasal tadi tak selesai lagi. You have to deal with me after this", kata afira seperti memberi amaran yang lansung tak menakutkanku. Aku tergelak dengan mimic muka serius yang dibuatnya. Lantas aku menjawab "ye la peguam afira. Nanti kita jumpa kat mahkamah ye". Lantas aku menutup pintu kembali. Bersandarku sebentar di pintu dan tanpa sedar ku seperti berbisik bersuara memanggil namanya "arul"
Share this novel