BAB 7

Romance Completed 35196

Sebulan selepas itu akhirnya keputusan dibuat.

Lantas satu majlis pertunangan dijalankan.

Pada hari itu aku memakai persalinan baju kurung moden berwarna putih yang dihadiahkan bakal suamiku.

Selepas solat zohor upacara pertunangan secara ringkas dijalankan. Hanya beberapa keluarga terdekat dijemput.

Bakal ibu mertuaku masuk ke dalam bilikku dan menyarungkan cincin di jari manisku.

Lantas aku menyalam tangan ibu mertuaku. Cincin tu tampak sangat padan di jari manisku.

Afira yang berperanan sebagai photographer pada waktu itu sempat membuat mimik muka di saat ibunya menyarungkan cincin di jariku. Aku hanya mampu menahan gelak dengan gelagatnya.

Habis saja upacara serba ringkas tu

"assalamualaikum kakak ipar", tegur afira tersengih kepadaku.

Aku lantas menjawab salamnya.

"comel la ko ari ni..pandai along aku pilih baju..hihihi ye kakak ipar.. saya ada perutusan nak bagitau bagi pihak abang saya. Dia tak dapat hadir sebab dia ada kat ireland sekarang. Ada kerja ckit". Kata afira masih tersengih..

Aku hanya mengangguk masih tidak bersuara.

" Sylvia..napa ni..macam tak hepi je..",

"takda la..biasa ja..tah macam tak caya je dah jadi tunang orang..jadi kakak ipar ko pulak tu", balsku lalu mencubit pipi fira.

"aduh..abisla pipi aku pasni..jadi mangsa cubit kak ipar aku..makin mengelebeh la..",

Kami sama-sama tergelak mendengar balasan fira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience