BAB 10

Romance Completed 35196

Akhirnya pengakhirannya tiba. Mungkin tidak patut aku katanya sebagai pengakhirannya kerana ini adalah permulaan hidupku sebagai isteri. Permulaan kepada suatu cerita yang masih samar-samar.

"aku terima nikahnya Ainnur Sylvia Binti Azri dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai".

Dengan sekali lafaz aku sudah bergelar isteri kepada seorang insan bernama Amirul Mukminin.

Selesai upacara akad nikah, suamiku akan masuk ke kamarku untuk mendirikan solat sunat bersama. Itu permintaan suamiku sendiri kepada abahku sebelum ini. Abahku setuju dan tergambar perasaan bangga itu pabila menceritakan perihal itu kepadaku semalam.

Terasa debaran di dada memikirkan bila-bila saja suamiku akan masuk ke kamarku.

Pintu bilikku diketuk perlahan.

"assalamuaalaikum".

Perlahan seseorang masuk ke kamarku dan bergerak ke arahku.

"along aku dah sampai. Aku pergi dulu.".bisik fira di telingaku lantas dia berlalu pergi bersama dengan yang lain meninggalku berdua-duaan dengan suamiku.

Aku masih kaku di situ. Mataku menunduk melihat jari-jariku yang sudah dihiasi inai.

" Sylvia'".

Lantas aku mendongak pabila terdengar suara itu.

"arul".

Arul hanya tersenyum memandangku.

"nanti kita bincang. Kita solat dulu ye Sylvia'".

Lantas solat sunat dijalankan. Terasa kebahagian dan ketenangan meresapi jasadku tatkala berimamkan suamiku dan bersolat sunat berjamaah bersamanya.

"Ya ALLAH, kau kurniakan kebhagiaan kepada kami di dunia dan akhirat. Kau satukanlah kami di bawah payungan cintaMU. Kau berilah persefahaman antara kami juga di bawah payung cintaMU. Kau kurniakan kepada kami rasa cinta antara kami yang mendekatkan kami lagi denganMU. Kau berkatilah kehidupan kami. Kau kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah Ya ALLAH."

Khusyuk sekali arul membacakan doa. Doanya ringkas tapi cukup membuatku terharu keseorangan. Terasa air mataku mengalir perlahan. Tak sangka dialah jodohku. Begitu indah takdirNYA. ALLAH lebih mengetahuinya.

"Istajib du'a ana ,Ya Allah.Walhamdulillahi rabbil ‘alamin".

Dengan itu arul mengaminkan doanya. Lantas aku meraup mukaku perlahan. Terasa air mataku semakin laju membasahi mukaku.

Arul berpaling ke arahku.

" Sylvia',kenapa menangis ni?? Maafkan arul.". terkejut arul melihatku menangis. Tangannya pantas mengelap air mataku yang masih tidak mahu berhenti.

Terkaku aku sebentar. Terasa merah mukaku. Aku terasa tanganku dipegang kejap arul. Dia tersenyum ke arahku lantas terasa diriku ini terpesona sekali lagi dengan senyuman itu.

" Sylvia'." Dia bersuara memecah kesunyiaan yang bermukim.

"arul minta maaf ye".

"kenapa nak minta maaf?", balasku buat tidak tahu ingin melihatkan reaksi arul sebentar.

arul mengaru kepalanya. Lama dia berfikir cuba menyusun ayat.

Aku lantas bersuara memandangkan lama suamiku ini terdiam tanpa kata-kata.

" Sylvia'tak nak arul minta maaf. Sylvia'hanya nakkan penjelasan".

Dia tersenyum simpul lantas bersuara.

"pa yang nak Sylvia'tahu?'. Lantas pertanyaannya buat aku terdiam sebentar. Eh boleh pulak main soal2 gini.

"U know what I want to know.",balasku sarkastik.

Lantas arul tergelak dengan responku. Aku tanpa sedar mencubit lengannya namun dia masih dengan gelaknya.

Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk.

"assalamualaikum pengantin..tak abis lagi ka solat sunatnya..ke dah buat benda lain", terdengar suara fira berbicara dari luar. Ish budak ni memang sengaja. Terasa darah menyerbu ke arah mukaku. Malu.

"merahnya muka dia", katanya sambil mencubit pipiku.

Dia menghulurkan tangan ke arahku. Lantas kami bersalaman. Aku tunduk mencium tangannya. Lantas dahi aku pula diciumnya. Terasa sekali lagi mukaku merah.

Dan kami bangun bersama. Tanganku masih kejap dipegangnya. Terasa malu bercampur bahagia.

"yang Sylvia nak tahu tu abang cita malam ni ye. A lulabay story sebelum tidur",bisiknnya sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arahku.

lantas pintu bilik dibukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience