Menjadi tunangan orang sama sekali tidak memberi kesan sama sekali. Hanya kadang-kadang pabila tersedar kewujudan cincin di jari manisku baru terasa tanggungjawab berat yang akan mendatang. Menjadi seorang isteri pada insan yang tidak ku kenali.
Aku hanya tahu namanya Amirul Mukminin(itupun dari kad kawin kami) dan fira memanggilnya Along.
Dan info tambahan yang ku ketahui yang dia juga seorang doktor seperti aku. Itu je la kot. Fira rajin bercerita pasal abangnya namun lebih kepada memuji je kejenya..budak tu tak habis2 yang keluar dari mulut
"abang aku hensem..like abang like sis la"...aku pun mengiakan je..malas nak melayan sangat sbenarnya..
Untuk aku bertanya lebih lanjut pada fira perihal alongnya terasa segan.
Lalu aku biarkan saja persoalan itu berlalu kerana ku yakin dengan pilihanNYA.
Aku bersolat jamaah sperti biasa di masjid berdekatan bersama-sama dengan umi dan abahku.
Habis sahaja solat berjamaah isyak dan beberapa solat sunat ku diriku lantas aku bersiap untuk pulang. aku bergegas ke arah kereta myviku untuk memanaskan enjin keretaku dahulu sambil2 menunggu umi dan abahku bersiap.
Dari jauh aku lihat ada seseorang bersandar di keretaku. Wajahnya tak dapat dilihat memandangkan dia membelakangiku.
Aku rasa khuatir. Takut juga aku pabila memikirkan kawasan di situ agak sunyi memandangkan sudah ramai yang sudah pulang.
Sesampainya aku di keretaku, lantas dia mengalihkan pandangannya ke arahku. Terpandang ke arahnya membuatku tersentak. Tiada suara keluar dari mulutnya mahupun mulutku.
Akhirnya dia memecahkan kesunyian..
" Sylvia sihat???",
Jawapannya hanya ku jawab dengan anggukan lantas ku terus menundukkan kepalaku tak sanggup lagi memandang ke arahnya.
"dah lama arul cari Sylvia. Alhamdulilah akhirnya jumpa",
Aku tersentak. "dia cari aku??untuk apa???".hatiku bertelangah.
Lantas aku mengangkat kepalaku perlahan melihat ke arahnya. Kelihatannya matanya redup melihat ke arahku. Lantas aku mengalihkan pandangan ku ke arah lain.
Kebisuanku tidak menjatuhkan semangatnya.
"maafkan arul menganggu. Mungkin Sylvia tak suka dengan perjumpaan tidak disangka ni. Tapi bagi arul ni yang arul nantikan sejak 6 tahun lalu."
Aku masih membisu. Hatiku tertanya. Adakah ini realiti ataupun hanya mimpi???
Kata-katanya ibarat menandakan bahawa selama ini bukan aku seorang bertepuk sebelah tangan. Tapi kenapa baru sekarang dia muncul??kenapa tidak dia muncul sebelum diriku berpunya???
Istigfarku seorang diri memandangkan aku telah jauh menyalahkan takdir.
Lantas arul menghulurkan satu buku ke arahku. Aku memandang ke arahnya.
"ambillah buku ni. Buku ni kepunyaan Sylvia,arul hanya nak pulangkan".
Lantas aku mengambil buku itu, masih tertanya bagaimana buku ini boleh berada di tangan arul. Lantas aku buka helaian demi helaian buku itu. Owh baruku teringat buku ini adalah buku yang ku beli di sarawak semata-mata untuk catatan sepanjang ku berada di sana.
" Sylvia tertinggal buku ni masa hari last kat sana. Patutnya arul pulangkan kat airport petang tu tapi tah kenapa lastly arul ambil keputusan untuk simpan buku ni. Buku ni dah banyak merubah diri arul",jelasnya panjang lebar menjawab persoalan aku. Namun kata-katanya menimbulkan lagi persoalan di hati.
Arul berubah kesan daripada buku ni??ada apa dengan buku ni??? Lantas sekeping sampul surat terjatuh tatkala helaian buku tu aku selak berkali-kali.
Lantas sampul surat tu dipungut arul lalu dia menghulurkan ke arahku. Teragak-agak aku untuk mengambilnya.
"ambillah..bacalah.. Sylvia akan paham apa arul maksudku lepas ni",
Lalu aku mengambil huluran sampul surat itu. Dia tersenyum tatkala huluran surat itu diambil. Ya senyuman itu yang menarik hatiku buat pertama kali. Lantas aku paling ke arah lain lalu aku terpandang umi dan abahku sedang berjalan ke arah kami.
"umi,abah",aku bersuara. Risau bertamu di hatiku memikirkan apa yang umi dan abahku akan fikir melihatku dengan lelaki ajnabi tatkala aku sudah menjadi tunangan orang. Wajah abah kelihatan tegas dan ibu kelihatan tertanya-tanya.
Arul bersikap gentleman lantas menyalami tangan abahku dan bertanya khabar. Dan pertemuan tidak disangka itu akhirnya berakhir dan memberi seribu satu kesan pada diriku ini
Share this novel