BAB 5

Romance Completed 35196

6 tahun berlalu..

Akhirnya berakhir penderitaanku sebagai doktor pelatih selama 2 tahun. Dan aku telah berjaya mendapat tempat sebagai doktor di hospital berdekatan dengan rumah ibubapaku di ampang. Ingin aku menganti masa-masa belajarku yang tak sempat aku habiskan bersama ibubapaku dengan mengunakan sepenuhnya waktu yang ada.

Dan umurku kini dah menjangkau umur 26 tahun. Terasa tua diriku ini tatkala memikirkan umur yang semakin meningkat. Ibubapaku yang dah pencen mula berkerja sebagai 'wartawan' , bertanyakan perihal teman istimewaku yang tak pernah wujud. Mereka mula sibuk berkerja sebagai 'pencari jodoh'. Ahh terasa sesak nafas pabila memikirkannya.

Menjadi kebiasaanku pabila tugasku tidak diperlukan pada waktu malam aku akan cuba serajin mungkin untuk bersolat jamaah di masjid yang berdekatan dengan rumahku. Kadang-kala ibubapaku akan turut serta.

"Umi, Sylvia nak ke masjid ni. Umi nak ikut tak?", tanyaku pada umi.

"tak rasanya. Umi solat jamaah dengan abah kat rumah je la. Ada kawan abah nak datang rumah malam ni. Kamu balik awal sikit ye Sylvia. Boleh tolong umi apa yang patut", balas umi .

Lantas aku menyalami tangan umi dan berlalu pergi ke masjid berdekatan.

Pulang dari masjid malam itu, kelihatan kereta proton persona berwarna putih berada di kawasan tempat letak keretaku lalu aku meletakkan kereta myviku di luar pagar rumahku.

Lantas aku masuk perlahan ke rumahku melalui pintu belakang rumahku.

" Sylvia dah balik pun kamu. Tolong umi bawakan dulang ni ke depan", sapa umiku pabila melihat aku masuk ke dalam rumah.

Lantas kunci keretaku aku letak di atas meja makan. Aku mengangkat dulang berisi 5 cawan dan teko berisi air teh. Dengan perlahan aku bawa ke depan.

Kelihatan abahku bersembang dengan satu pasangan yang ku kira umur mereka lebih kurang umur abah dan umiku. Kelihatan seorang sebayaku duduk membelakangiku.

Aku pun meletakkan dulang berisi minuman itu di atas meja berhadapan dengan abahku.

"ini la ye Sylvia. Dah besar panjang. Dulu kecil je budaknye ye bang", tegur mak cik sambil dengan lembut dia memegang bahu belakangku. Aku hanya tersenyum mengangguk.

" Sylvia . Sylvia kenal tak sapa ni??", tanya abahku lantas aku terpandang gadis di hadapanku.

"fira.."

Lantas kami berpelukan. 6 tahun kami berpisah. Tak sangka pertemuan akan terjadi kembali. Pertemuan malam ni memberi tekad kepada kami untuk meneruskan hubungan persahabatan ini.

Memandangkan keesokkan harinya adalah hari minggu lantas aku mengajak fira untuk tidur di rumahku. Selepas menanya kebenaran ibubapanya, dia hanya mengangguk setuju dengan cadanganku. Dan malam itu kami bersembang panjang.

"nasib baik jumpa ko balik.ko dah makin comel la fira",kataku lantas mencubit pipinya yang agak gebu.

"yo la tu comel.cakap je la aku makin gemuk",balasnya membuat mimik muka.

Aku lantas tergelak. "ko ni memang sinonim la dengan mimik muka ko tu".

Aku menyambung gelakku. Lantas dengan selamba afira membalingkan bantal ke arah mukaku.

Lantas aku terdiam. Perlahan aku mengangkat bantal itu kembali ke atas katil. Afira melihatku takut-takut.

" Sylvia.." tegurnya perlahan.

"ko marah ke??",tanyanya takut-takut.

Lantas aku kembali tergelak lalu mebalas "aku dah berjaya takutkan afira..tak sangka..sukanya saya".

Afira menjuihkan bibirnya. Dia betul-betul terkena denganku malam itu.

Lantas aku mendekatkan diriku dengan afira. Dia pun meletakkan kepalanya di ribaku. Budak sorang ni memang manja sikit. Dah besar panjang pun tak berubah perangai manjanya itu.

" Sylvia..aku nak bagitau satu rahsia ni..",katanya tiba-tiba berlagak serius.

"panye",tanyaku padanya sambil membelai rambut afira.

Lantas afira mengangkat kepalanya dari ribaku. Dia memandang tepat ke arahku.

"kau tau tak kenapa mak ngan ayah aku datang rumah tadi?" tanyanya masih dengan nada serius.

"datang nak jumpa kawan lama la. Ayah ko kawan lama abah aku kan",balasku jujur.

"selain tu??",tanyanya lagi.

"ada sebab lain ke??" tanyaku kembali padanya.

"sebenarnya diorang datang merisik tadi. Merisik ko untuk abang aku.",

Mendengar jawapan dari afira,aku terus gelak.

"ni kes nak balas dendam ke ni..nak pekena aku balik..takda maknanya aku nak percaya",balasku masih dengan gelakku.

"betul.. Sylvia,aku cakap betul ni",kata fira lagi sambil perlahan megoncangku bahuku memaksa aku percaya dengan kata-katanya.

"dah la..jangan duk merepek dah..jom kita tidur..esok susah nak bangun subuh lak.."kataku lantas aku terus memadam lampu bilikku.

Dalam kegelapan afira masih berdegil memaksa aku percayakan cakapnya.

" Sylvia a..aku serius ni"tegas afira.

Aku hanya mendiamkan diriku lantas menutup mata kejap.

"aku cakap betul ni...tak nak caya sudah".tegasnya lagi lalu perlahan dia meletakkan kepalanya di bantal sebelahku.

Dan dalam kesamaran malam itu, aku diam-diam memikirkan kata-kata afira. Resah bertamu di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience