“Abang jangan baik sangat dengan Hanan. Hanan takut Hanan tak mampu nak lepaskan abang pergi daripada hidup Hanan,” ujar Hanan perlahan namun cukup jelas di pendengaran Noah.
‘Jadi jangan lepaskan abang pergi.’ Noah hanya mampu jawab di dalam hati. Tak terkeluar suaranya nak membalas kembali kata-kata Hanan.
Dengan tubir mata yang bergenang, Hanan suap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Sempat dia mencuri pandang wajah Noah. Mungkin selepas ini dia tidak akan dapat menatap wajah lelaki itu lagi.
Sepertinya hati ini sudah merelakan tetapi hati ini belum mampu mengikhlaskan. Waktu. Hanan percaya seiring waktu berlalu, dia akan terbiasa dengan keadaan ini. Mahu atau tidak, dia harus pergi daripada kehidupan Noah. Noah berhak dapat wanita yang lebih baik daripadanya. Hanan sedar diri. Dia tidak layak untuk lelaki seperti Noah.
***
Laci almari ditarik. Mata Noah jatuh pada kotak cincin yang disimpan di situ. Tangannya terus mengambil kotak cincin itu. Sebaik kotak itu dibuka, hujung bibirnya ternaik sedikit. Cincin pernikahan mereka.
Noah masih ingat Hanan mahu pulangkan kembali padanya tetapi dia tidak mahu mengambil cincin itu kembali. Dia minta Hanan buang saja cincin itu jika Hanan tidak mahu simpan.
Tapi rupa-rupanya Hanan masih simpan cincin pernikahan mereka. Waktu mereka bernikah semula minggu lalu, Noah membelikan cincin nikah yang baru untuk Hanan.
Noah letak kotak cincin itu ke tepi. Dia menyelongkar lagi laci almari Hanan. Tiba-tiba matanya terpandangkan sekeping gambar. Jantungnya berdegup kencang. Dadanya dihempas debaran.
Tak mungkin dia salah lihat.
Tangannya terus mencapai gambar itu. Gambar ultrasound baby. Tubir matanya terasa hangat. Berkali-kali dia membaca nama yang tertera pada gambar itu. Sukar untuk percaya gambar itu adalah kepunyaan isterinya sendiri.
Hanan pernah mengandung? Kenapa dia langsung tidak tahu?
“Abang...” Air jernih tergantung pada tubir mata. Menanti masa untuk jatuh menimpa pipi.
“A-a-apa ni Hanan?” Bergetar suara Noah menyoal. Jelas riak kekecewaan pada wajahnya. Mata redupnya berkaca menatap wajah Hanan.
***
Happy reading!
Orked share teaser dulu. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you.
ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
Happy reading! Orked share teaser dulu. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb. Thank you. ig - orkedungu_14 fb - Orked Ungu
Share this novel