bab 5

True Story Completed 1950

Malam yang indah di hiasi dengan gelak tawa, kata-kata indah dan janji manis yang menentukan masa depan yang mungkin akan kami akan hadap suatu hari nanti. Hari pertama kami berkenalan, hari kedua kami menjadi kawan yang sangat rapat dan hari ketiga kami isytihar menjadi pasangan kekasih. Aku tak sangka belum sampai seminggu kami boleh suka dan bercinta, walaupun pada mulanya aku rasa ini sama sahaja seperti kisah cinta aku sebelum ini. Mungkin suatu hari nanti aku akan bosan dan aku akan tinggalkan dia. Tetapi tak tahu kenapa aku rasa yang syafiqa ini lain orangnya. Aku suka dengan manjanya dan sikapnya yang selalu memuji-muji ku. 14/11/2020 tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tarikh itu adalah hari yang kami isytihar menjadi pasangan kekasih. Hari berganti hari, tiada satu malam pun kami tidak video call bersama atau boleh dikatakan hampir semua benda kami buat bersama-sama. Pergi ke kelas bersama, ia menemani aku bersukan, tidur sambil call dan banyak lagi benda yang kami buat bersama-sama. Jujur aku boleh katakan rasa cinta aku padanya lain dari cinta aku sebelum ini. Ia satu-satunya wanita yang sangat manja dengan aku, Sikapnya membuat aku tenang dan walaupun ia manja tapi ia tak pernah buat aku serabut dan menyampah dengannya. Ia juga wanita pertama yang mengangkat dan memuji diri aku, aku tahu aku seorang lelaki yang tiada apa yang boleh di banggakan tetapi dia wanita yang hebat, dia memuji aku sehingga aku berasa sangat berharga di matanya. Tak mampu aku cerita betapa istimewanya dia padaku.

Sebulan telah berlalu, tiada apa yang perlu kami sembunyikan lagi dari semua orang. Di suatu hari kami mendapat tugasan dari lecturer kami. Senior dan junior harus berkerja sama untuk membuat suatu tugasan. Di saat itu aku memujuk kawan-kawan aku supaya aku di bolehkan berkumpulan berdua dengan kekasih ku dan aku bernasib baik kawan-kawan aku memberi peluang untuk ku. Walaupun ini berlaku dalam masa yang singkat tetapi bagiku ini adalah kenangan yang aku takkan lupakan. Ia bukan orang yang ingin mempergunakan aku untuk memudahkan kerjanya tetapi aku terlalu beria hingga banyak kerja yang aku buat sendiri dan dia hanya perlu buat benda-benda yang mudah sahaja. Dia beberapa kali memujuk aku supaya hanya mengajar dan bukan buat semuanya. Entah mengapa Aku yang selalu serius boleh jadi gagal fokus disaat kami bersama. Senyum, nada suaranya, gurauannya dan semua tentangnya buat aku sangat gembira bersama dia saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience