Aku dan wanita itu bermain dalam satu pasukan. Aku bermain seperti biasa dan wanita itu masih belajar untuk mencari keserasian dengan kawan-kawan baru. Walau demikian dia juga pandai bermain dan tidak menjadi beban untuk aku. Setelah tamat permainan aku meminta nombor telefon junior-junior baru yang bermain dengan kami tadi termasuk wanita itu untuk masukan mereka ke dalam group bola tampar. Semua orang setuju untuk masuk ke dalam group itu kecuali wanita itu atas alasan hanya bermain kadang-kadang sahaja. Aku tidak mahu memaksa dia jadi aku biarkan ia dengan pilihan dia.
Di dalam bilik aku dan kawan sekelas aku bercakap-cakap tentang junior-junior yang baru masuk ke kolej kami. Ia bertanya pada aku, apa pendapat aku tentang junior-junior wanita kami? Ia juga bertanya adakah junior wanita dalam kos kami yang aku berkenan. Seperti yang aku katakan, tiada junior kami yang aku berkenan kerana sebenarnya aku tertarik dengan junior wanita yang bermain bola tampar bersama-sama kami petang tadi. Satu benda yang membuat aku terkejut bila kawan aku cakap, wanita yang bermain bola tampar tadi ia adalah junior kos kami. Aku hairan macam mana aku boleh tidak perasan wanita itu adalah junior kami. Setelah aku tahu wanita itu adalah junior kos kami, aku terus cuba cari nombor wanita itu dalam group whatsapp kos kami. Belum sempat aku chat dia rupanya dia chat aku dahulu dan minta aku save nombor dia. Shafiqa asal perak dan muda setahun dari aku. Seorang wanita yang cantik, ayu, dan agak pemalu. Walaupun ia seorang yang pemalu dia juga agak terkenal dalam laman sosial iaitu aplikasi TikTok. Malam itu kami berkenalan dalam whatsapp. Perbagai benda kami bualkan contohnya apa pandangan ia bermain bola tampar bersama-sama kami, macam mana kelas adakah semua baik-baik sahaja, dan macam mana kolej ini ada apa-apa masalah atau tidak.
Share this novel